KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah memberi tekanan kepada KPMG Malaysia untuk menandatangani penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2013 semasa mesyuarat antara firma audit KPMG Malaysia dan 1MDB di kediaman bekas perdana menteri di Langgak Duta puit pada 15 Dis 2013.
Peguam veteran itu berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan saksi rakan kongsi urusan KPMG Datuk Johan Idris, 56.
Muhammad Shafee: Dalam kenyataan saksi anda, anda berkata bahawa Najib mahu agar akaun 1MDB ditandatangani oleh KPMG sebelum atau pada 31 Dis 2013. Adakah beliau memberi tekanan kepada sesiapa? Adakah dia berkata jika anda tidak menutup akaun sebelum 3 Dis, anda akan dipecat? Adakah dia mengatakan demikian kepada anda?.
Johan: Dia ada cakap dia nak tengok akaun ditutup.
Membalas jawapan itu, Muhammad Shafee berkata "Dia (Najib) adalah pemegang saham. Dia bertanggungjawab untuk itu...bukankah pemegang saham mahu melihat akaun syarikatnya yang telah lama tertunggak ditutup pada 31 Dis seperti yang diminta oleh Lembaga Pengarah? Sampai sudah, dia tidak memberi tekanan kepada sesiapa?".
Bagaimanapun, Johan tidak menjawab sama ada Najib telah memberi tekanan kepada mana-mana pihak.
Terdahulu, bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir, 48, memberi keterangan bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low adalah "tangan tersembunyi" dalam 1MDB kerana pengurusan menerima arahan daripada Jho Low berhubung hal syarikat itu.
Muhammad Shafee menyoal Azmi jika dia pernah menyemak dengan Lembaga Pengarah 1MDB sama ada pengurusan 1MDB boleh bertindak mengikut arahan Jho Low.
Azmi berkata Tan Sri Ismee Ismail (bekas Pengarah 1MDB) memberitahunya bahawa, dalam semua syarikat, ada tangan tersembunyi, dan dalam 1MDB, ia adalah Jho Low.
Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada Azmi sama ada beliau, Mohd Hazem Abdul Rahman (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB) dan Vincent Koh (bekas Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB) telah pergi menonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia Brazil 2014 dengan Jho Low menaiki jet peribadi.
Muhammad Shafee: Anda menaiki jet peribadi Jho Low?
Azmi: Saya tidak setuju.
Peguam itu kemudian meminta Azmi menunjukkan pasportnya supaya pihak pembelaan dapat mengesahkan sama ada dia pernah melakukan perjalanan ke Brazil atau tidak.
"Jika saya ada pasport bersama saya, saya akan tunjukkan," jawab Azmi.
Muhammad Shafee, yang kesal dengan jawapan Azmi, bertanyakan mengapa dia teragak-agak untuk mendedahkan keberadaannya itu.
"Saya pernah menaiki jet peribadi tetapi perjalanan itu tidak melibatkan Jho Low. Kawan saya ada meminta saya berkunjung ke Singapura," kata Azmi.
Muhammad Shafee kemudian bertanya siapakah rakannya tetapi Azmi enggan mendedahkan namanya.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian mengingatkan Azmi bahawa dia perlu menjawab soalan Muhammad Shafee.
"Jika anda enggan menjawab, anda perlu menyatakan alasan," kata hakim.
Azmi menjawab: "Saya tidak mahu nama itu keluar di dalam berita. Ini adalah kes berprofil tinggi."
Peguam itu kemudian berkata beliau akan terus menyoal mengenai pasport berkenaan apabila Azmi memberi keterangan semula selepas cuti Hari Raya nanti.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 9 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan bahawa Najib tidak pernah memberi tekanan kepada KPMG Malaysia untuk menandatangani penyata kewangan 1MDB. - Gambar fail/Astro AWANI
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.
Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.