Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas pemergian ke rahmatullah bondanya Tun Suhailah Mohamad Noah.
Najib dalam status terbarunya dalam laman Facebook, berkata beliau turut berkongsi kesedihan dengan kehilangan Tun Suhailah, yang juga merupakan ibu saudara beliau.
"Saya dikejutkan dengan berita pemergian ibu saudara saya Tun Suhailah Mohd Noah, bonda kepada Hishammuddin Hussein, awal pagi ini.
"Salam takziah kepada Hishammuddin Hussein dan keluarga, saya turut berkongsi kesedihan. Semoga roh Allayarhamah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah," kata beliau.
Tun Suhailah, 82, balu kepada Perdana Menteri Malaysia yang ketiga Tun Hussein Onn, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya 12.30 malam tadi.
Jenazah Allaryarham akan dikebumi di Makam Pahlawan di Masjid Negara.
Bernama
Sat Oct 04 2014
Tun Suhailah, 82, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya 12.30 malam tadi.
Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.
Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah
Baginda bertitah umat Islam dilihat semakin mudah terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat dan menyeleweng.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
Turki mahu bekerjasama dengan Malaysia perangi keganasan
Menteri Pertahanan Turki Suay Alpay berkata negaranya mengagumi pengalaman dan langkah Malaysia dalam menangani ancaman kumpulan itu.
KL, Manila kaji rondaan di laut Sulu - Hishammuddin
Malaysia dan Filipina telah mengkaji kemungkinan menjalankan rondaan yang diselaraskan di perairan Laut Sulu yang memisahkan kedua-dua negara.
Najib ucap takziah kepada Hishammuddin dan keluarga
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas pemergian ke rahmatullah bondanya.