Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Gareth David Huntley.
Warga British berusia 34 tahun itu dilapor hilang di Pulau Tioman pada 27 Mei lepas.
Mayat Huntley, yang juga seorang sukarelawan di Pusat Perlindungan Penyu Kampung Juara, ditemui Rabu lepas.
"Ingatan dan doa kami bersama-sama Gareth Huntley, keluarga dan rakan mendiang pada masa yang tragik ini," kata Perdana Menteri menerusi Twitter beliau.
Hari ini, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di Sungai Mentawak berhampiran Chalet Lagoon di Kampung Juara, adalah Huntley.
Ini berdasarkan keputusan ujian DNA yang positif membabitkan sampel darah ibu Huntley, Janet Southwell, dan satu spesimen yang ambil daripada mayat berkenaan.
Southwell tiba di Malaysia semasa usaha mencari anaknya dilakukan.
Bernama
Sun Jun 08 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Gareth David Huntley menerusi akaun Twitter beliau.
Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im
Proses libat urus melibatkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
Punca kematian Huntley belum diketahui, usah dengar media asing - Polis
Polis masih belum dapat mengesahkan punca kematian warga Britain Gareth David Huntley yang mayatnya ditemui di Sungai Mentawang, Kampung Juara, Pulau Tioman, Rabu lepas.
Mayat Gareth Huntley dijangka diterbangkan ke UK pada Rabu
Mayat warga Britain yang hilang di Pulau Tioman, Gareth David Huntley dijangka dibawa pulang oleh keluarganya di United Kingdom.
Najib ucap takziah kepada keluarga Gareth Huntley
Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Gareth David Huntley, warga British yang dilapor hilang di Pulau Tioman.
Laporan awal DNA mayat yang ditemui di Pulau Tioman dijangka diketahui esok
Pihak polis memaklumkan bahawa laporan awal DNA mayat yang ditemui pada Rabu di Pulau Tioman dijangka akan diketahui esok.
Polis jumpa iPhone dekat mayat lelaki di Pulau Tioman
Polis menjumpai sebuah telefon bimbit iPhone dipercayai milik lelaki yang mayatnya ditemui berdekatan Kg.Juara, Pulau Tioman.
Ibu Gareth Huntley berada di Hospital Ampuan untuk kenal pasti mayat
Janet Southwell berada di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mengenal pasti sama ada mayat yang ditemui di Pulau Tioman adalah mayat anaknya
Mayat dipercayai lelaki warga Britain yang hilang ditemui di sebuah kolam
Satu mayat telah dijumpai di dalam satu kolam beberapa meter dari tempat menyimpan kayak di Projek Juara Penyu di Kampung Juara, Pulau Tioman.
Selepas seminggu hilang, usaha cari Huntley terus diperhebat
Genap seminggu Gareth David Huntley, 34, hilang di Kampung Juara di sini, dan pencariannya terus menemui jalan buntu.
Keluarga Huntley amat terhutang budi kepada PM Britain dan rakyat M'sia
Keluarga warga Britain Gareth Huntley ucapkan terima kasih kerana pihak Britain dan Malaysia memberi respons terhadap permintaan mereka untuk memperhebatkan usaha mencari.
'Kami takkan berhenti dalam usaha mencari warga Britain hilang' - Hishammuddin
Malaysia memberitahu United Kingdom bahawa negara ini tidak akan berhenti dalam usaha mencari Gareth David Huntley yang hilang di Pulau Tioman.