Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk warga kerja Telekom Malaysia Berhad (TM) termasuk berkaitan cuti, pendidikan dan kesihatan dalam usaha memenuhi indeks kebahagiaan mereka.
Perdana menteri berkata insentif berkenaan diberikan pengurusan syarikat telekomunikasi itu supaya kakitangannya sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas.
"Jika ada warga TM yang mengandung (misalnya), mereka boleh balik satu jam lebih awal daripada biasa. Pelepasan itu adalah sesuatu yang inovatif," katanya ketika berucap pada Sesi Jom Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Selain itu, Najib berkata warga TM turut diberi cuti ihsan untuk menguruskan hal keluarga seperti kelahiran cucu dan untuk membawa ibu bapa dan anak menjalani rawatan kesihatan.
"Bagi warga 'senior' yang baru mendapat cucu, kita khaskan tujuh hari untuk mereka melawat cucu. Ini agak menarik," katanya.
Najib turut mengumumkan insentif rawatan pergigian dan perubatan kepada kakitangan eksekutif bernilai antara RM500 ke RM700 manakala bukan eksekutif antara RM250 dan RM500.
Untuk manfaat pendidikan pula, warga TM berhak mendapat biasiswa daripada syarikat berkaitan kerajaan itu.
"Bagi mereka yang ada anak menuntut di MMU (Universiti Multimedia Malaysia), mereka layak mendapat diskaun pinjaman pendidikan sebanyak 35 peratus.
"Bagi pelajar yang mendapat keputusan dengan kepujian kelas pertama pula, bayaran pinjaman akan dikecualikan," katanya.
Dalam ucapannya, Najib turut melahirkan penghargaan kepada TM terhadap kejayaan melaksanakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan sumbangan terhadap pembangunan industri telekomunikasi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2017
![Najib umum insentif untuk warga TM Najib umum insentif untuk warga TM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81506352887_DSNajibRazak.jpg)
Datuk Seri Najib Razak berucap pada Sesi Jom Bersama Perdana Menteri dengan TM di Menara TM hari ini. --fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Trafik sesak di lebuh raya utama, jangka berlarutan hingga lewat malam ini Trafik sesak di lebuh raya utama, jangka berlarutan hingga lewat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713050490_Alirantrafik.jpg)
Trafik sesak di lebuh raya utama, jangka berlarutan hingga lewat malam ini
Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.
![Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735767272_WanJunaidiPulauP.jpg)
Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi
Wan Junaidi tiba pada 12.55 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, dekat sini.
![Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 pelancong Malaysia ke wilayah selatan Thailand Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 pelancong Malaysia ke wilayah selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689684840_TBKhlongHae.jpg)
Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 pelancong Malaysia ke wilayah selatan Thailand
Kebanyakan pelawat dari Malaysia menggunakan pintu masuk Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu di Malaysia untuk menuju ke Sadao dan Betong di Thailand.
![MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721818123_WanRosdyIsmail.jpg)
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
![Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718924998_autisme.jpg)
Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat
Setiap keluarga yang memiliki anak autisme sudah pasti menghadapi pelbagai ujian besar.
![Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701406464_TBZahidjpg.jpg)
Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Kedah cuti peristiwa Ahad ini sekiranya PN menang PRN Kedah cuti peristiwa Ahad ini sekiranya PN menang PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690383794_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Kedah cuti peristiwa Ahad ini sekiranya PN menang PRN
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman media sosial Facebook.
![PRN: 'Isnin cuti jika PH-BN menang di Selangor' - Amirudin PRN: 'Isnin cuti jika PH-BN menang di Selangor' - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691724108_AmirudinShari.jpg)
PRN: 'Isnin cuti jika PH-BN menang di Selangor' - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membuat pengumuman tersebut ketika menyampaikan amanat khas yang disiarkan secara langsng hari ini.
![Iran umum cuti dua hari kerana suhu panas melampau Iran umum cuti dua hari kerana suhu panas melampau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636004946_Iranianflag.jpg)
Iran umum cuti dua hari kerana suhu panas melampau
Suhu dijangka mencecah 51 darjah Celsius (123.8F) di beberapa bandar di selatan Iran.
![Ini tujuh khabar gembira diumum PM Anwar sempena Aidilfitri Ini tujuh khabar gembira diumum PM Anwar sempena Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681804375_AnwarIbrahim.jpg)
Ini tujuh khabar gembira diumum PM Anwar sempena Aidilfitri
Antara berita baik tersebut ialah berkaitan tol percuma, hari cuti tambahan dan kadar diskaun khas saman PDRM, semuanya sempena Hari Raya Aidilfitri.