Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menafikan najis burung merpati adalah penyebab sampingan kepada gangguan kesihatan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang.
Kata Dr. Dzulkefly, sesiapapun boleh mengeluarkan pendapat namun pihak Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian terhadap keputusan klinikal yang diperoleh.
“Pernahkah kami sebut tentang najis burung merpati ini? Tak pernah, jadi kembali kepada apa yang kita sebut tanpa menafikan hak sesiapa untuk beri pandangan.
“Pengarah Jabatan Kesihatan Johor sentiasa mengemas kini dan memaklumkan kepada kami, khususnya Datuk Dr. Chong selaku Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan.
“Kita kembali kepada dapatan sebelum ini, iaitu keputusan klinikal dan simptom pesakit.
"Kami akan terus pantau situasi ini, tapi sehingga hari ini fenomena tidak seperti insiden Sungai Kim-Kim, di mana ada yang dimasukkan ICU," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Kurangkan Gula Hidup Sihat di Pasaraya Giant Subang Jaya hari ini.
Dr. Dzulkefly mengulas kenyataan Exco Kesihatan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar bahawa hasil tinjauan yang dilakukan pihaknya mendapati beberapa kelas di tingkat atas sekolah itu terpaksa ditutup akibat masalah najis burung berkenaan.
Madiha Abdullah
Thu Jul 25 2019

Pihak Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian terhadap keputusan klinikal yang diperolehi, kata Dr. Dzulkefly. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Skim Perubatan MADANI: 46 panel pengamal perubatan am langgar LAO ditamatkan perkhidmatan
Sebanyak 46 panel pengawal perubatan am di bawah Skim Perubatan MADANI ditamatkan perkhidmatan selepas dikesan melanggar terma LAO yang melibatkan nilai tuntutan RM2 juta.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.

Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.

KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.

Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM - Dzulkefly
Isu mengenai cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) antara yang akan dibincangkan pada sesi pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini hingga 19 Jan.

Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.

KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.