DALAM keseronokan menyambut lebaran, budaya kunjung mengunjung tidak dilupakan.
Inilah masanya untuk bertemu saudara-mara serta rakan taulan yang sudah lama tidak berjumpa dan bertanya khabar.
Menjadi kebiasaan, setiap kali tibanya perayaan, jalan-jalan raya akan sesak. Kesesakan jalan raya bagi setiap tahun sukar dijangka malah ada yang tersangkut berjam-jam lamanya.
Oleh yang demikian, kesabaran dan juga keprihatinan setiap pemandu jalan raya amatlah penting kerana masing-masing mahu sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.
Namun, berlaku sebaliknya bagi sebuah kereta Perodua Myvi ini apabila mendapat ‘pengajaran’ paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing sekolah.
Menurut perkongsian video TikTok @m.a7annnn kejadian itu berlaku dipercayai apabila pemandu Myvi tersebut cuba memotong barisan panjang di laluan berkenaan.
Dalam video berkenaan pemandu itu ‘berusaha keras’ bergerak ke hadapan dan ke belakang untuk keluarkan separuh badan King yang tersangkut.
Apabila perakam melepasi kereta Myvi itu, bahagian 'bumper' hadapan sudah tercabut.
Walaupun kereta sudah teruk sebegitu, namun tiada kereta lain yang berhenti memberikan bantuan.
Netizen umpamakan situasi itu sebagai ‘orang tamak, selalu rugi’. Hanya sebab tidak boleh bersabar beberapa minit, pemandu itu terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membaiki kerosakan kereta King tersebut.
Dalam pada itu, ada berasa kesian selepas menonton video tersebut. Mereka berpendapat pemandu Myvi itu mungkin dalam ‘kecemasan’ sehingga dia terpaksa memotong kereta-kereta lain.
Namun nasib tidak menyebelahinya, kereta pula tersangkut di bahagian tebing selekoh berkenaan. - Keluarga
Keluarga
Sun Apr 30 2023

Kejadian itu berlaku dipercayai apabila pemandu Myvi tersebut cuba memotong barisan panjang di laluan berkenaan. - Foto TikTok/@m.a7annnn

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Nak tunjuk 'King' punya pasal, akhirnya King tersangkut lagi lama
Kereta Perodua Myvi ini apabila mendapat pengajaran paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing.