KAMPALA: Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) senantiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin.
"Sejak awal penubuhannya NAM senantiasa menyokong kepentingan hak rakyat Palestin...," kata Utusan Palestin ke PBB Riyad Mansour kepada wartawan di Kampala pada Isnin sempena sidang kemuncak NAM yang sedang berlangsung.
Uganda menganjurkan sidang kemuncak itu ketika dunia sedang mengecam ketidakadilan yang menimpa rakyat Palestin, menyaksikan lebih 24,000 terbunuh di Semenanjung Gaza sejak 100 hari lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 60,000 lagi cedera.
Serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas Gaza menjadi antara isu utama yang akan dibincangkan dalam sidang kemuncak mingguan negara anggota NAM.
Sementara itu, duta PBB untuk Uganda Adonia Ayebare berkata: "Isu Palestin adalah agenda yang diatur secara khas dan jawatankuasa menteri akan bersidang dan satu deklarasi akan dirundingkan oleh negara-negara anggota."
Bertemakan "Deepening cooperation for shared global affluence", sidang itu akan membincangkan dan mengeluarkan pengumuman mengenai isu-isu utama termasuk ketegangan geopolitik dari Timur Tengah hingga Laut China Selatan, isu hak asasi manusia, perubahan iklim, jenayah rentas sempadan, pembangunan dan multilateralisme (faham pelbagai hala).
Lebih 100 negara anggota NAM dan pemerhati telah menghantar wakil ke sidang kemuncak itu.
-- AGENSI BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Tue Jan 16 2024

RIYAD: Sejak awal penubuhannya NAM senantiasa menyokong kepentingan hak rakyat Palestin. -Gambar fail/AP

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

UNGA79: Malaysia gesa NAM sokong Resolusi ES-10/24, demi pembebasan Palestin
NAM juga harus desak komuniti yang menceroboh dikenakan sekatan secara keseluruhan serta mendesak agar bekalan senjata dan peluru kepada Israel dihentikan.

Hubungan Iran-Malaysia akan terus tingkatkan ikatan budaya
Ikatan kukuh dan unik antara Iran dan Malaysia yang berakar umbi dalam kebudayaan dan ketamadunan telah berkembang sejak empat dekad lalu.

Deklarasi Kampala sidang kemuncak NAM kecam pencerobohan Israel, gesa gencatan senjata di Gaza
Deklarasi itu turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan sewenang-wenangnya terhadap orang awam Palestin dan tindakan rejim Israel mengusir penduduk.

NAM sentiasa sokong perjuangan Palestin - Utusan Palestin ke PBB
Serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas Gaza menjadi antara isu utama yang akan dibincangkan dalam sidang kemuncak mingguan negara anggota NAM.

Timbalan Menteri Luar ketua delegasi Malaysia ke NAM
Kenyataan Malaysia antara lain akan menekankan keperluan untuk mengukuhkan perpaduan dan solidariti dalam kalangan negara-negara membangun.

Zambry adakan mesyuarat dua hala dengan rakan NAM dari tujuh negara
Semasa pertemuan Zambry dengan rakan sejawatannya dari Iraq, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala.

Malaysia gesa NAM pertahan pendirian berprinsip mengenai isu Palestin
Malaysia mengesali insiden terkini di Jenin yang melibatkan pembunuhan rakyat awam Palestin oleh rejim Israel.

NAM mesti kekal berkecuali, tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar
NAM tidak boleh mengetepikan kebimbangan dan kepentingan negara-negara anggota dalam menegakkan prinsip NAM.

Penubuhan negara Palestin penyelesaian tunggal konflik Israel-Palestin
Penyelesaian tunggal konflik Israel-Palestin adalah menerusi pembentukan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur dijadikan ibu negara.

Kekejaman Israel: Malaysia, OIC, NAM sokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan demi keadilan Palestin
Malaysia pada masa sama menegaskan Israel perlu memberi bekerjasama sepenuhnya bagi memastikan COI dapat melaksanakan tugasnya dengan berkesan.