KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet semalam memutuskan nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan dikekalkan, kata Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau dalam kenyataan berkata, akan sentiasa mementingkan segala perkara di bawah bidang kuasa MOTAC, bukan sahaja tertumpu kepada pelancongan, tetapi juga berkaitan kesenian dan kebudayaan yang menjadi khazanah penting negara.
Tiong turut memberi jaminan bahawa bidang kesenian dan kebudayaan akan dimartabatkan serta dibela sebaiknya, dengan peranan budayawan dan seniman dalam menyumbang kepada pembinaan negara tidak akan dipinggirkan.
"Saya akan memastikan kumpulan penting ini akan mendapat tempat sewajarnya serta diiktiraf atas sumbangan bermakna kepada negara seperti memperkenalkan semula Anugerah Seni Negara yang telah dihentikan sejak sekian lama," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan barisan kabinetnya minggu lepas mengumumkan Tiong sebagai Menteri Pelancongan, sekali gus menimbulkan tanda tanya orang ramai tentang portfolio seni dan budaya yang sebelum ini disekalikan dengan portfolio pelancongan di bawah satu kementerian.
Dalam pada itu, Tiong berkata, beliau akan terus mengamalkan dasar pintu terbuka dan bersedia mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak bagi memastikan industri pelancongan, seni dan budaya dapat berkembang.
Ini termasuklah pakar-pakar profesional, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif dan berbakat besar dalam sektor kebudayaan seperti penari tarian tradisional, pensyarah dan sebagainya, katanya.
Menurut Tiong, sumbangan dan peranan kumpulan berkenaan amat diperlukan bagi membawa industri pelancongan, seni dan budaya ke tahap yang lebih tinggi, lebih bersinar dan lebih gah di peringkat global.
"Dalam masa sama, saya memohon kepada semua pihak agar memberikan sokongan, ruang dan peluang kepada saya untuk menerajui MOTAC dan saya akan melakukan sehabis baik demi kegemilangan industri pelancongan, seni dan budaya negara kita," katanya.
Tiong berkata, beliau bersama pengurusan tertinggi dan warga MOTAC akan sentiasa memastikan pelancongan, seni dan budaya negara dapat dipromosi dan dipopularkan di luar negara melalui pelbagai medium selari dengan perkembangan teknologi semasa, seterusnya dapat menarik minat pelancong asing ke Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Mesyuarat Kabinet semalam memutuskan nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan dikekalkan, kata Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing. - Gambar fail BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ATF 2025: ASEAN tambah tiga sedia perkukuh kerjasama pelancongan, tingkatkan pertumbuhan
Mesyuarat antara lain membincangkan pelaporan program dan aktiviti di bawah ASEAN Plus Three (APT) Tourism Cooperation Work Plan 2021-2025.

MOTAC akan ulas isu daftar masuk hotel lewat, keluar awal - Fahmi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi maklum balas isu daftar masuk hotel dan inap desa yang semakin lewat sekitar jam empat petang seperti tular baru-baru ini.

MOTAC sasar 3.2 juta pelancong Muslim ke Malaysia tahun ini
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan 3.2 juta ketibaan pelancong muslim di negara sepanjang tahun ini, berbanding 2.1 juta pada tahun lepas.

MOTAC ambil serius aduan pelancong berkaitan isu kebersihan Semporna - Tiong
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius setiap aduan pelancong mengenai tahap kebersihan di daerah ini yang boleh menjejaskan imej pelancongan negara.

Roslan dilantik KSU MOTAC berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar Datuk Roslan Abdul Rahman dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Lesen syarikat Emraz Travel and Tours digantung enam bulan
Lesen syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. akan digantung selama enam bulan berkuat kuasa mulai 10 Julai ini sehingga 9 Januari 2024.

MOTAC, IPTA bekerjasama perkukuh kajian warisan negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memperkukuh kajian berhubung khazanah warisan negara menerusi kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Wanita didakwa tipu, tawar pakej umrah dan haji tanpa lesen
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu dan menawarkan pakej umrah serta haji tanpa lesen yang sah.

MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.

MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 9 Dis lepas hingga tarikh tamat lesen syarikat itu pada 10 April 2023.