BINTANG sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov bakal disenaraikan dalam ‘UFC Hall of Fame 2022’.
Perkara itu diumumkan UFC menerusi kenyataan di laman web dan laman media sosialnya pada Ahad.
Menurut Presidennya, Dana White, ia merupakan satu penghargaraan untuk meletakkan Khabib dalam senarai UFC Hall of Fame.
“Khabib adalah salah seorang atlet terhebat yang pernah bersaing dalam sukan profesional.
“Tiada siapa yang mampu menguasai lawan mereka seperti yang dilakukan Khabib, dan bersara tanpa kalah, sebagai juara kelas lightweight dan atlet ‘pound-for-pound’ nombor satu… ia adalah pencapaian yang luar biasa,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sementara itu, Khabib dalam reaksinya berkata dia tidak menyangka namanya akan tersenarai.
"Saya tidak menyangkakannya... apa yang saya boleh katakan," ujarnya yang terkejut dengan pengumuman itu.
Khabib akan menyertai atlet-atlet hebat ‘era moden’ lain seperti Forrest Griffin (2013), BJ Penn (2015), Urijah Faber (2017), Ronda Rousey (2018), Michael Bisping (2019), Rashad Evans (2019) dan Georges St-Pierre (2020).
Kategori ‘Era Moden’ merupakan atlet yang bertukar pro pada atau selepas 17 November 2000, berumur sekurang-kurangnya 35 tahun atau yang telah bersara selama satu tahun atau lebih.
Khabib, 33, mengumumkan persaraanya dari MMA pada Oktober 2020 selepas menewaskan Justin Gaethje dari Amerika Syarikat, sekali gus mengekalkan kejuaraanya.
Acara yang berlangsung di UFC Fight Island, Abu Dhabi itu menyaksikan Khabib menumpaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.
Petarung dari Dagestan, Rusia itu bersara dengan rekod cemerlang 29 kemenangan tanpa kalah (29-0).
Dia turut mendedahkan, keputusan tersebut diambil kerana telah berjanji dengan ibunya bahawa pertarungannya dengan Gaethje adalah pertarungannya yang terakhir.
Haider Yutim
Sun Mar 06 2022

Khabib Nurmagomedov bakal tersenarai dalam UFC Hall of Fame 2022. - Foto Twitter/@UFC
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

PFL: Usman Nurmagomedov kekal juara lightweight Bellator
Usman Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight dunia Bellator selepas menewaskan Paul Hughes dari Ireland dalam Siri Juara-juara PFL 'Road to Dubai'.

Majlis Hubungan Amerika-Islam tuntut siasatan, keadilan isu Khabib-Frontier
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) memberikan sokongan penuh kepada bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, yang dihalau keluar daripada Frontier Airlines.

Tindakan Frontier berkelakuan kasar terhadap Khabib makan diri
Khabib dikatakan diarah mengubah tempat duduk hanya kerana rungutan seorang wanita yang tidak senang dengan kehadirannya secara berdekatan.

Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib Nurmagomedov membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.

Khabib Nurmagomedov bakal buka gim di Johor
Pembukaan gim itu merupakan tanda komited Kerajaan Negeri Johor dalam pembangunan fasiliti sukan bertaraf dunia.

PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight iaitu Khabib Nurmagomedov.

Mat Sabu teruja bertemu Khabib
Mohamad sempat berbual dengan Khabib mengenai semangat perjuangan disiplin dan tekad yang kuat.

Khabib pelawa Jojo berlatih di Dagestan
Khabib Nurmagomedov mempelawa jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali Zulfikar untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.

Jualan tiket 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' capai lebih 50 peratus
Lebih 50 peratus tiket 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' telah terjual sebelum legenda seni bela diri campuran (MMA) yang diberi julukan 'The Eagle' itu membuat penampilan istimewa di WTCKL.

Khabib bakal menemui peminat di Malaysia bulan depan
Legenda seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov mengumumkan akan menemui peminat-peminatnya di Malaysia pada 29 September depan di ibu negara.