PERKARA paling payah sudah semestinya mencari nama terbaik buat anak yang bakal lahir. Mahu nama ringkas dan penuh makna juga nama yang dapat membawa anak kecil itu menjadi lebih baik. Itulah impian semua ibu bapa.
Perkongsian pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang mencari nama anak sulungnya menerusi apps menarik perhatian ramai malah boleh juga dijadikan panduan untuk ibu hamil lain mencari nama anak.
Kongsi Mira menerusi perkongsian Instagram suaminya, Wan Emir Astar, dia dan suami sepakat mencari nama Wan Khair Amir melalui apps tersebut.
Paling menarik, dengan hanya menyebut nama kesukaan, beberapa surah ditunjukkan beserta makna dan tafsirannya sekali. Bagus untuk kita semua.
“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’.
“Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah,” kongsi Wan Emir melalui kapsyennya di Instagram.
Melalui hantaran yang sama, ayah kepada Wan Khair Amir ini juga turut memberi panduan untuk mencari nama terbaik buat anak itu secara tutorial agar lebih difahami oleh pengikutnya dan Mira di IG.
Dengan hanya menyebut perkataan atau ayat yang menjadi pilihan, terus sahaja dibukakan pilihan nama mengikut ayat-ayat Al-Quran. Memang terbaik!
Kongsi Wan Emir lagi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa untuk mencari nama yang baik buat anak-anak. Malah nama yang baik inilah yang disarankan oleh Rasullullah SAW.
Suami penyayang ini juga turut mendoakan nama pilihannya dan Mira menjadi nama yang dapat membawa anak kesayangan mereka ke jalan Allah dan sentiasa menjadi insan yang lebih baik dalam segala hal.
“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)
“May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya berkongsi.
Terdahulu, anak pasangan ini, Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei lalu dan kini berusia hampir tiga bulan. - Pa&Ma
Pa and Ma
Thu Aug 04 2022

Wan Emir berkata, menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk mencari nama yang baik buat anak-anak, sepertimana yang disarankan oleh Rasullullah. - Foto Majalah Pa&Ma
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

'Nama Khair ada dalam banyak surah' - Mira Filzah, suami kongsi tutorial pilih nama anak guna apps!
Perkongsian Mira Filzah yang mencari nama anak sulungnya menerusi apps menarik perhatian ramai.