KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi akan mengetuai delegasi Kongres dalam lawatan rasmi ke Indo-Pasifik minggu depan, termasuk Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Jepun.
Difahamkan, Pelosi bakal tiba di Malaysia pada Selasa pagi sebelum membuat lawatan di Bangunan Parlimen.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, ahli politik Demokrat berusia 82 tahun itu bagaimanapun tidak menyenaraikan Taiwan dalam siri lawatannya berikutan kebimbangan bahawa China akan mengambil tindakan sekiranya lawatan ke pulau itu diteruskan.
“Lawatan ini akan tertumpu kepada keselamatan bersama, perkongsian ekonomi dan tadbir urus demokratik di rantau Indo-Pasifik.
“Di Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan Jepun, delegasi kami akan mengadakan mesyuarat-mesyuarat peringkat tinggi bagi membincangkan cara untuk meningkatkan lagi kepentingan dan nilai yang dikongsi bersama termasuk keamanan dan keselamatan, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi, pandemik COVID-19, krisis iklim, hak asasi manusia dan tadbir urus demokratik.
“Bawah kepimpinan kukuh Presiden Biden, Amerika komited kepada penglibatan yang strategik dalam rantau ini di samping memahami bahawa Indo-Pasifik yang bebas dan maju adalah kritikal bagi kemakmuran dalam negara serta di serata dunia,” ujarnya.
Pelosi diiringi lima anggota Dewan Perwakilan, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara, Gregory Meeks dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Veteran, Mark Takano.
Manakala tiga yang lain juga merupakan ahli Kongres, iaitu Suzan DelBene, Raja Krishnamoorthi dan Andy Kim.
Terdahulu, berita mengenai kemungkinan Pelosi akan mengadakan lawatan ke Taiwan mencetuskan spekulasi tentang tindak balas dari China.
Kata Dr Roy Anthony Rogers, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaysa, sekiranya diteruskan, lawatan itu dilihat melanggar Dasar Satu China.
“Bagi Beijing, ia menganggap ini sebagai cubaan Amerika Syarikat untuk seolah-olah mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah negara berasingan sedangkan prinsip dalam hubungan Amerika-China adalah berlandaskan kepada Dasar Satu China.
“China melalui Kementerian Luar telah memberi amaran keras kepada Washington bahawa jika lawatan ini diteruskan, ia akan memberi implikasi yang sangat teruk dan akan mengeruhkan lagi hubungan bilateral antara China dan Amerika Syarikat,” jelas Dr Roy menerusi program Fokus Minggu Depan pada Sabtu.
Nailah Huda
Sun Jul 31 2022

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi akan mengetuai delegasi Kongres dalam lawatan rasmi ke Indo-Pasifik, termasuk Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Jepun. - REUTERS

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Bekas Speaker Dewan Perwakilan AS Pelosi dirawat di hospital tentera AS di Jerman
Nancy Pelosi dibawa ke hospital tentera AS di Landstuhl, berhampiran Pangkalan Udara Ramstein di Jerman, selepas dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat kecederaan.

Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.

Kemunculan pertama Kamala Harris selepas Biden tarik diri
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris memuji Presiden Joe Biden atas khidmatnya kepada negara.

Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS
Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.

Pelosi umum hasrat bertanding semula Kongres AS
Nancy Pelosi umum hasratnya untuk bertanding semula sebagai wakil California dalam Kongres pada penggal akan datang.

Hasrat AS jual AS$1.1 bilion senjata kepada Taiwan undang kemarahan China
Kedutaan China di Washington menggesa AS menarik balik tawaran itu atau berdepan "tindakan balas".

China akhiri latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China pada Rabu mengumumkan telah menyelesaikan latihan ketenteraannya yang dilancarkan minggu lepas di sekitar Taiwan, sebagai membantah lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke pulau itu.

Konflik Taiwan-China: Latihan ketenteraan didakwa muslihat untuk ceroboh
Taiwan tidak akan gentar walaupun latihan berterusan China sering melanggar garis tengah tidak rasmi di selat negara itu.

Speaker Dewan AS Pelosi berlepas dari Jepun, lengkapkan siri lawatannya ke Asia
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi meninggalkan Jepun, sekali gus melengkapkan siri lawatannya ke negara-negara Asia.

Tokyo kesal Beijing batalkan mesyuarat dua hala menteri luar
Jepun kesal dengan keputusan China membatalkan rundingan dua hala yang sepatutnya diadakan sempena mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN di Kemboja.