PUTRAJAYA: Pelaksanaan harga maksimum RM19.90 untuk kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) berkuat kuasa Ahad ini dibuat secara terancang dalam tempoh masa yang munasabah bagi memastikan alat itu dapat dibeli pada harga mampu milik oleh pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata antara usaha yang dilakukan ialah mengadakan sesi libat urus antara kementerian itu dengan industri berkaitan, agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, persatuan serta pengusaha farmasi.
"Sesi libat urus turut diadakan bersama pengilang, pengimport, pengedar dan peruncit bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai bekalan dan penjualan alat ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata justeru, dakwaan bahawa pelaksanaan harga maksimum kit ujian kendiri itu dibuat tergesa-gesa adalah tidak benar.
Katanya walaupun kandungan perbincangan tidak menyentuh secara spesifik mengenai penetapan harga kawalan sebenar, semua pemain industri wajar mengetahui tujuan perbincangan adalah untuk mendapatkan maklumat berhubung mekanisme harga dan bekalan.
BACA: Harga borong kit ujian pantas antigen RM16, harga runcit RM19.90 - KPDNHEP
Nanta berkata keputusan itu diambil kerana kerajaan menyedari kepentingan alat tersebut sebagai keperluan utama bagi memantau risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19 di negara ini.
"Saya amat menghargai sekiranya Persatuan Farmasi Malaysia bersikap lebih rasional dan realistik dengan situasi semasa... alat ujian kendiri itu merupakan barang yang sensitif dari aspek harga dan bekalan kepada rakyat dalam tempoh pandemik ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan beberapa perkara susulan kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Farmasi Malaysia semalam berkaitan pengumuman penetapan harga maksimum runcit dan borong kit ujian pantas antigen COVID-19 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).
Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut mendapatkan maklumat lanjut berhubung harga jualan produk, kos pengeluaran dan pengimportan serta hasil analisis ke atas maklumat diterima daripada pihak syarikat terlibat telah memberikan asas munasabah kepada penentuan harga maksimum yang ditetapkan di bawah AKHAP 2011.
"Penentuan harga maksimum yang dibuat adalah wajar dengan mengambil kira peniaga masih boleh mendapat keuntungan di peringkat borong dan runcit," katanya.
Beliau berkata KPDNHEP akan memberi tempoh hingga seminggu kepada peniaga dan semua pihak terlibat untuk membuat penyesuaian serta penyelarasan harga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata dakwaan bahawa pelaksanaan harga maksimum kit ujian kendiri itu dibuat tergesa-gesa adalah tidak benar. - Gambar fail/BERNAMA

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Sabah tetapkan RM60 kos ujian RTK untuk ketibaan antarabangsa
Susulan pembukaan semula sempadan, penggiat sektor pelancongan perlu memanfaatkan lokasi strategik Sabah untuk menarik lebih banyak syarikat penerbangan ke negeri itu.

Perluasan penjualan ujian kendiri COVID-19 termasuk di pasar raya, dijangka bulan ini - Nanta
Penjualan kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) di pasar raya dan kedai rantaian dijangka dapat dilaksanakan dalam bulan ini.

Harga baharu kit ujian pantas RTK Antigen diumum November ini
Kit ujian pantas antigen itu dijangka dapat dijual di pasar raya pada penghujung bulan ini.

86.2 peratus premis patuh perintah harga makasimum kit ujian COVID-19 - KPDNHEP
Sejumlah 86.2 peratus atau 606 daripada 703 pemeriksaan di premis borong dan runcit mematuhi perintah harga maksimum kit ujian pantas antigen COVID19 sehingga 9 September lepas.

Nanta nafi pelaksanaan harga maksimum kit ujian kendiri dibuat tergesa-gesa
Pelaksanaan harga maksimum RM19.90 untuk kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) berkuat kuasa Ahad ini dibuat secara terancang dalam tempoh masa yang munasabah.

Harga borong kit ujian pantas antigen RM16, harga runcit RM19.90 - KPDNHEP
Harga siling itu berkuat kuasa 5 Sept ini, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Permintaan terhadap ujian saringan COVID-19 meningkat - MMA
Sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda Malaysia semakin ramai melakukan ujian saringan walaupun mereka tidak bergejala mahupun bukan kontak rapat kepada kes positif.

COVID-19: Kit ujian pantas antigen akan digunakan di seluruh Malaysia
Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia penggunaan kit ujian pantas antigen tersebut akan digunakan di semua hospital COVID-19 termasuk hospital di Sabah dan Sarawak.

COVID-19: Sampel tidak perlu dihantar ke makmal dengan kit ujian baharu
Ini kerana, apa yang diperlukan hanya kabinet keselamatan bio dan ujian boleh dilakukan di tempat pengambilan, di klinik ataupun hospital.