SUPERMODEL ternama dunia, Naomi Campbell mengumumkan kelahiran anak keduanya yang juga bayi lelaki pada Khamis.
Menurut laporan portal media antarabangsa, kehamilannya selama ini tidak pernah dikongsi dengan orang ramai menyebabkan sebilangan besar peminat Campbell terkejut mendengar berita terbaharu yang dikongsinya di akaun Instagram peribadinya.
Dua tahun lalu, Campbell menimang cahaya mata perempuan.
"Sayangku, ketahuilah sejak kau hadir dalam hidup kamu, kau sangat dihargai dan dikelilingi oleh kasih sayang. Kamu adalah anugerah sejati daripada Tuhan,” tulis personaliti berusia 53 tahun itu dalam hantaran di Instagramnya.
Kapsyen itu mengiringi gambar tangan Campbell dan anak perempuannya memegang tangan bayi yang baru lahir itu.
Agensi berita CNN juga telah menghubungi jurucakap Campbell untuk mendapatkan komen mengenai berita itu.
Sejak kelahiran anak sulung pada bulan Mei 2021, Campbell tidak banyak berkongsi kisah kehidupan peribadinya termasuk memuat naik gambar anaknya.
Bagaimanapun, tahun lalu, Campbell dan anak sulungnya membenarkan wajah mereka berdua dirakamkan untuk muka depan majalah fesyen ternama dunia, Vogue edisi Britain .
Dalam wawancara itu, dia memberitahu, sebelum ini, hanya segelintir sahaja orang yang mengetahui dia akan menjadi seorang ibu.
Hal yang sama dilakukan kali ini ketika hamil anak keduanya.
"Saya boleh bilang dengan hanya sebelah tangan saja jumlah orang yang tahu bahawa saya sedang mengandungnya (anak sulung)," katanya.
"Kepada saya, ia adalah hal terbaik yang pernah saya lakukan."
Bahkan, ketika ditanya adakah dia akan mempertimbangkan untuk menambah jumlah ahli keluarganya, Campell tanpa ragu-ragu menjawab: "Kenapa tidak?"
Kepada Vogue Britain juga, Campbell menegaskan, dia "selalu tahu bahawa suatu hari nanti" dia akan memiliki seorang anak dan dalam hantaran di Instagramnya pada Khamis, perasaan yang sama diungkapnya sekali lagi.
"Tidak pernah terlambat untuk menjadi seorang ibu," tulis Campbell. - Agensi
Agensi
Fri Jun 30 2023
![Naomi Campbell timang anak kedua pada usia 53 tahun Naomi Campbell timang anak kedua pada usia 53 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81688090566_tbNaomiCampbell.jpg)
Naomi Campbell mengumumkan kelahiran anak keduanya yang juga bayi lelaki pada Khamis. - Gambar Instagram NAOMI CAMPBELL
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
![Rizman Ruzaini kongsi kronologi kolaborasi perdana dengan Lady Gaga Rizman Ruzaini kongsi kronologi kolaborasi perdana dengan Lady Gaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719048722_rizmanruzaini.jpg)
Rizman Ruzaini kongsi kronologi kolaborasi perdana dengan Lady Gaga
Kolaborasi bersama Lady Gaga bermula rentetan daripada busana mewah yang pernah digayakan oleh Naomi Campbell pada di Dubai tahun lalu.
![Kesudian Naomi Campbell peraga busana kami sangat bermakna buat Rizman Ruzaini Kesudian Naomi Campbell peraga busana kami sangat bermakna buat Rizman Ruzaini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697505178_TBrizman.jpg)
"Kesudian Naomi Campbell peraga busana kami sangat bermakna buat Rizman Ruzaini"
Tiada kata dapat gambarkan kegembiraan Rizman dan Ruzaini kerana mendapat peluang bekerjasama dengan supermodel dunia.
![Naomi Campbell timang anak kedua pada usia 53 tahun Naomi Campbell timang anak kedua pada usia 53 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81688090566_tbNaomiCampbell.jpg)
Naomi Campbell timang anak kedua pada usia 53 tahun
"Tidak pernah terlambat untuk menjadi seorang ibu," kata Campbell.
![Ada apa dengan kepala singa Kylie Jenner? Ada apa dengan kepala singa Kylie Jenner?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674527975_TBKYLIEJENNER.jpg)
Ada apa dengan kepala singa Kylie Jenner?
Koleksi itu diilhamkan oleh "Inferno" Dante dan metafora keraguan serta kesukaran perjalanan kreatif yang dialami semua artis.
![Supermodel Tatjana Patitz meninggal dunia akibat kanser payu dara Supermodel Tatjana Patitz meninggal dunia akibat kanser payu dara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673489892_TatjanaPatitz.jpg)
Supermodel Tatjana Patitz meninggal dunia akibat kanser payu dara
Patitz dikatagorikan antara "supermodel" awal bersama Cindy Crawford, Naomi Campbell, Linda Evangelista dan Christy Turlington yang menempa nama pada akhir 1980-an dan awal 1990-an.
![COVID-19: Model Naomi Campbell berpakaian hazmat ke lapangan terbang COVID-19: Model Naomi Campbell berpakaian hazmat ke lapangan terbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61584009894_TBnaomi.jpg)
COVID-19: Model Naomi Campbell berpakaian hazmat ke lapangan terbang
Meragakan sepasang sut perlindungan badan berwarna putih yang dipanggil hazmat, Naomi tidak segan untuk memakainya ketika berada di Lapangan Terbang Los Angeles.
![Louis Vuitton: Naomi Campbell dan Kate Moss kejutan di hari terakhir Kim Jones Louis Vuitton: Naomi Campbell dan Kate Moss kejutan di hari terakhir Kim Jones](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51516361953_kimjones.jpg)
Louis Vuitton: Naomi Campbell dan Kate Moss kejutan di hari terakhir Kim Jones
Supermodel antarabangsa Kate Moss dan Naomi Campbell membuat kejutan pada di hujung peragaan koleksi musim luruh 2018 rekaan Kim Jones.
Naomi Campbell mentor model baru dalam 'The Face'
Program pencarian model baharu akan menampilkan model Karolina Kurkova dan Coca Rocha sebagai mentor disamping Naomi Campbell. Bekas juri 'America's Next Top Model' Nigel Barker bertindak sebagai hos.