NAPOLI mendatangkan penyerang berprofil tinggi, Victor Osimhen, daripada Lille dengan perpindahan yang dilaporkan sebagai rekod termahal kelab itu bernilai €50 juta (RM249.7 juta) sebagai bayaran pendahuluan.
Pemain berusia 21 tahun itu hanya beraksi selama setahun di Perancis tetapi sudah cukup untuk membuktikan keupayaannya sehingga menarik minat kelab Serie A berkenaan, di mana Napoli dilaporkan memeterai kontrak selama lima tahun dalam kesepakatan itu.
Pemain kebangsaan Nigeria itu berpindah ke Eropah pada 2017 apabila ditandatangani Wolfsburg tetapi dibenarkan untuk menyertai kelab Belgium, Charleroi, secara pinjaman dan pasukan itu kemudian membelinya secara tetap tahun lalu selepas menjaringkan 20 gol dalam musim 2018-19.
Charleroi kemudian memperoleh keuntungan segera daripada pelaburan €3.5 juta (RM17.4 juta) itu apabila Lille sanggup mengeluarkan €15 juta (RM74.9 juta) untuk membawa pemain itu ke Perancis.
Dalam musim Ligue 1 pertamanya, Osimhen menjaringan 13 gol -- jumlah yang hanya dapat diatasi Wissam Ben Yedder, Kylian Mbappe and Moussa Dembele -- selain melakukan empat bantuan gol daripada 27 penampilan.
Laporan di Itali mendakwa kesepakatan itu boleh mencecah sehingga €54 juta (RM269.7 juta), sekali gus menjadikannya sebagai pemain termahal Napoli.
Astro Arena
Sat Aug 01 2020
![Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41596256059_Napoli.jpg)
Dalam musim Ligue 1 pertamanya, Osimhen menjaringan 13 gol selain melakukan empat bantuan gol daripada 27 penampilan. - Foto Astro ARENA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Rayuan Amelia Henderson terhadap A. Aida didengar 24 Oktober ini Rayuan Amelia Henderson terhadap A. Aida didengar 24 Oktober ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680836278_AmeliaHenderson.jpg)
Rayuan Amelia Henderson terhadap A. Aida didengar 24 Oktober ini
Peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman, yang mewakili Amelia, 28, atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, berkata rayuan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong.
![Wang RM34,936 lebur terperdaya tawaran kerja sambilan Wang RM34,936 lebur terperdaya tawaran kerja sambilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637325459_scam.jpg)
Wang RM34,936 lebur terperdaya tawaran kerja sambilan
Polis sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes tersebut bagi membantu siasatan.
![Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41596256059_Napoli.jpg)
Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal
Pemain berusia 21 tahun itu hanya beraksi selama setahun di Perancis tetapi sudah cukup untuk membuktikan keupayaannya sehingga menarik minat kelab Serie A berkenaan.
![MH17: Waris sedang dihubungi untuk bayaran pendahuluan pampasan MH17: Waris sedang dihubungi untuk bayaran pendahuluan pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41407594578_295x200.jpg)
MH17: Waris sedang dihubungi untuk bayaran pendahuluan pampasan
MAS menjelaskan bahawa bayaran itu bagaimanapun akan dikira sebagai sebahagian daripada pampasan penuh yang layak mereka terima.