SEREMBAN: Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Israel Nas Daily memasuki Malaysia menggunakan pasport dari negara Saint Kitts and Nevis pada 16 Okt lepas.
Beliau berkata, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua kerakyatan iaitu Israel dan Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dari kepulauan Caribbean.
"Individu itu masuk dan keluar dari Malaysia menggunakan pasport yang sama (Saint Kitts and Nevis) dan difahamkan dia telah memasuki Singapura dengan menggunakan pasport Israel.
"Dia juga tidak mempunyai kesalahan di bawah peraturan Imigresen sebab kelulusan untuk masuk di bawah pas pelancong boleh diberikan semasa ketibaannya yang menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program 3P (Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan) anjuran Jabatan Penjara Malaysia.
Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang turut dihadiri Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin.
Khairul Dzaimee mengulas isu video yang tular di aplikasi TikTok berkenaan warga Israel itu yang teruja dapat memasuki negara ini.
"Sebenarnya, dia tidak menggunakan pasport Israel. Jika menggunakan pasport berkenaan sama sekali tidak dapat melepasi pintu masuk negara kita kerana diketahui Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.
Sementara itu, dalam Program 3P hari ini, Wan Ahmad Dahlan berkata, program tersebut dikhususkan kepada penghuni warga asing yang layak ditempatkan di PRP untuk bekerja.
Katanya, hasil diterima daripada pekerjaan tersebut akan digunakan bagi menampung keperluan harian warga asing terbabit dan seterusnya untuk penghantaran pulang ke negara asal.
"Program ini telah diadakan secara rintis bagi 16 penghuni warga Indonesia bermula pada Julai lepas. Penghuni warga asing yang kini berada di penjara adalah berjumlah hampir 12,000.
"Bagi penghuni warga asing tersebut, mereka akan peroleh kemahiran dan seterusnya pendapatan yang boleh membantu mereka untuk pulang ke negara asal dengan lebih cepat tanpa melalui penempatan di Depoh Tahanan Imigresen," katanya.
Beliau berkata, sinergi ini memberi impak positif kepada semua pihak, antaranya dapat mengurangkan kesesakan dalam penjara dan juga Depoh Tahanan Imigresen. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Israel Nas Daily memasuki Malaysia menggunakan pasport dari negara Saint Kitts and Nevis pada 16 Okt lepas. - Gambar BERNAMA

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Nas Daily guna pasport negara lain masuk ke Malaysia - Imigresen
Warga Israel, Nas Daily masuk ke Malaysia guna pasport Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dari kepulauan Caribbean.