IPOH: Nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong sama ada didapati bersalah atau dibebaskan atas tuduhan merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia, diketahui esok.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pembelaan pada jam 10 pagi.
Jika sabit kesalahan, Paul Yong boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pada 31 Mac lalu, pasukan pembelaan diketuai Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kes dengan memanggil tiga saksi termasuk Paul Yong dan isteri, Too Choon Looi, 46, serta saksi terakhir yang merupakan bapa saudara mangsa, Muhammad Rusdi, 51.
Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini menetapkan 29 Jun sebagai tarikh keputusan sama ada bekas Exco Kerajaan Negeri Perak itu didapati bersalah atau dibebaskan atas tuduhan berkenaan.
Tarikh itu ditunda ke 27 Julai berikutan kematian ibu kepada Paul Yong.
BACA: Keputusan kes rogol Paul Yong Rabu ini ditangguh
Paul Yong pada 7 Disember lalu telah diperintahkan membela diri terhadap tuduhan merogol selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.
Sepanjang prosiding tersebut, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri.
Pada 23 Ogos 2019, Paul Yong ketika itu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.
Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 26 2022

Jika sabit kesalahan, Paul Yong boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. - Foto fail/Astro AWANI
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Permohonan bekas ADUN Tronoh kemuka bukti baharu didengar 12 Nov
Sesi pengurusan kes diadakan hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Faezahnoor Hassan.

Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh
Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan pembelaan rayuan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong terhadap sabitan dan hukuman kerana merogol pembantu rumahnya.

Nasib Paul Yong diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pembelaan pada jam 10 pagi.

3 ADUN Perak sah sertai PBM
Mereka ialah ADUN Buntong, A Sivasubramaniam; ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng.

Tuduhan rogol pembantu rumah, Paul Yong diarah bela diri
Keputusan dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Keputusan kes ADUN Tronoh didakwa rogol pembantu rumah 7 Disember
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pendakwaan.

Perbicaraan kes rogol babitkan bekas Exco Perak bersambung
Seorang saksi memberitahu mahkamah bahawa isteri tertuduh ada menghubunginya untuk mengetahui laporan perubatan pembantu rumah.

Tarikh bicara kes rogol ADUN Tronoh 19 Okt depan
Menurut Azhar, mangsa atau saksi utama kes itu telah menunggu selama setahun selain ia turut mendapat perhatian, kedua-dua negara.

Polis kawal demonstrasi di Pusat Khidmat ADUN Tronoh
Satu pihak merupakan penyokong ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, sementara satu lagi kumpulan yang membantah tindakan Yong keluar parti dan menjadi ADUN Bebas baru-baru ini.

DAP pecat Norhizam Hassan Baktee
Lembaga Disiplin DAP memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.