PETALING JAYA: Penerbit filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Multimedia Entertainment pada Rabu menyerahkan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) bagi menyokong usaha memupuk kesedaran masyarakat mengenai autisme.
Sumbangan itu adalah hasil daripada jualan gelang tangan buatan kanak-kanak autisme di bawah persatuan itu kepada orang awam di beberapa acara tayangan khas dan pameran filem berkenaan sejak 25 Ogos lepas.
Ia disampaikan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia Entertainment Datuk Steven Lim kepada Presiden Nasom Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharudin sambil disaksikan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Steven berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat syarikatnya dalam usaha menyumbang komuniti setempat.
"Ini adalah usaha daripada kami dalam membantu meningkatkan penerimaan, kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap sindrom autisme," katanya kepada pemberita sewaktu tayangan khas filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di sini malam tadi.
Sementara itu, Khairy berkata acara malam tadi adalah sebahagian tanda kasih sayang dan penghargaan kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak autisme.
"Saya difahamkan gelang tangan yang dihasilkan ini diinspirasikan daripada satu babak filem melalui watak Mejar Adnan yang dilakonkan Datuk Adi Putra yang mempunyai anak autisme.
"Saya juga dimaklumkan malam ini kita semua pakai gelang tangan daripada anak-anak yang diraikan. Saya juga ada anak autisme tetapi tidak dapat hadir kerana dia tiada mood. Jadi, abang dan adiknya wakilkan untuk dia," katanya.
Tayangan khas itu dihadiri 170 orang termasuk isteri Khairy, Nori Tun Abdullah serta kanak-kanak, ibu bapa dan kakitangan Nasom selain barisan pelakon Aiman Hakim Redza, Nas T, Sara Ali, Iman Corinne dan Carmen Soo.
Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) diketuai Kapten Adib dan mentornya Mejar Adnan, yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara bergolak.
Filem itu berjaya mencatat kutipan lebih RM28 juta dalam tempoh 21 hari tayangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Tayangan khas itu dihadiri 170 orang termasuk isteri Khairy, Nori Tun Abdullah serta kanak-kanak, ibu bapa dan kakitangan Nasom selain barisan pelakon. - Gempak
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Pelancongan, mahu tarik minat generasi muda
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Lelaki ugut bunuh isteri, dera guna lilin ditahan polis
Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh isterinya dan mendera wanita itu dengan menitiskan cecair lilin pada badannya, ditahan polis semalam di Kampung Alai, Gerik.

Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.

Wanita mengandung sembilan bulan curi gelang emas RM45,000
Suspek berusia 36 tahun direman tiga hari hingga 11 Jun bagi membantu siasatan, manakala suspek berusia 29 tahun yang mengandung sembilan bulan dilepaskan dengan jaminan polis.

Pemakaman Ratu Elizabeth II: Bidaan gelang terpakai cecah RM1,039
Ia selepas bidaan mencecah ribuan gelang disaksikan di pasaran edagang tersebut.

Nasom terima sumbangan RM20,000, hasil jualan gelang tangan
Ia hasil jualan gelang tangan buatan kanak-kanak autisme di beberapa acara tayangan khas dan pameran filem itu sejak 25 Ogos lepas.

Berpura-pura jadi pelanggan sebelum larikan barang kemas
Kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan visual muka suspek tular di Facebook.

Jururawat rugi lebih RM10,000 diperdaya beli barang kemas di laman sosial
Mangsa yang berusia 33 tahun mendakwa berminat membeli seutas gelang tangan yang diiklankan pada harga RM422.

Wanita rugi RM8,100 terpedaya beli emas di media sosial
Mangsa berusia 35 tahun itu mendakwa telah terpedaya membeli seutas gelang tangan berharga RM4,600 seberat 21 gram yang diiklankan di media sosial Facebook, pada 10 Dis lepas.

Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Slim River diberkas
Lelaki berusia 29 tahun itu berjaya ditemui semula kira-kira jam 6 petang oleh sepasukan anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Slim River di kawasan Bandar Baru berhampiran Petronas Slim River.