Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hasan yang disebut-sebut akan dipertaruhkan merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan kepimpinan parti itu November nanti tewas dalam pemilihan jawatan di peringkat kawasan.
Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh tewas merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan tersebut pada 15 September lepas.
Beliau tewas kepada penyandang jawatan tersebut, Suhaimi Saad yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang. Nasruddin memperolehi 60 undi manakala Suhami mendapat lebih 100 undi.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Suhaimi mengesahkan menang jawatan tersebut untuk penggal kedua.
"Saya menang pertandingan merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota mengalahkan ustaz Nasrudin," katanya.
Nasrudin dikatakan mewakili kumpulan yang dinamakan sebagai pro-ulama untuk bertanding jawatan Naib Presiden selepas ada desas-desus akan mengosongkan jawatan Ketua Dewan Pemuda yang disandangnya sekarang.
Kekalahan Nasrudin dalam pertandingan peringkat kawasan itu dilihat boleh menjejaskan reputasinya untuk bertanding jawatan lebih tinggi di peringkat pusat.
Sumber dalaman PAS menjelaskan, pemimpin yang tewas di peringkat kawasan kebiasaannya berdepan laluan sukar untuk menang jika bertanding di peringkat pusat.
"Kebiasaannya kalau tewas diperingkat kawasan, imej pemimpin tersebut akan tercalar sedikit kerana akan dilihat tidak mendapat sokongan akar umbi.
"Bila akar umbi sudah tolak, macam mana nak dapatkan kepercayaan dan sokongan daripada perwakilan dari kawasan lain yang akan membuat pilihan ketika muktamar nanti," kata pemimpin kanan PAS Pusat itu kepada Astro AWANI.
Pemilihan pimpinan baharu PAS Pusat akan diadakan dalam Muktamar Tahunan ke-59 pada 22 hingga 24 November depan di Shah Alam.
Pemilihan ini jadi tumpuan kerana ada usaha di kalangan kumpulan pro-ulama untuk mengetepikan pimpinan dari kalangan bukan ulama dalam barisan kepimpinan utama PAS.
Antara tokoh yang disebut-sebut akan ditonjolkan sebagai calon Timbalan Presiden yang mewakili golongan ulama ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
Irwan Muhammad Zain
Wed Sep 25 2013

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bersatu Kelantan sudah jangka kerusi DUN Nenggiri kosong
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor sudah menjangkakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan.
![[TERKINI] Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan [TERKINI] Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693879509_MohdAmar.jpg)
[TERKINI] Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan
Pengisytiharan itu dibuat Mohd Amar mengikut Perkara 31 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan menerusi satu sidang media di pejabatnya hari ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.

Hubungan Pas, Bersatu tidak terjejas
Mohd Amar akui hubungan kedua-dua parti masih seperti biasa dan apa yang terjadi bukan masalah parti sebaliknya individu itu sendiri.

PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.

DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker
DUN Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada beliau masih kekal menyokong kerajaan negeri atau sebaliknya.

Pas-PN yakin mentadbir negara selepas PRU16
Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berdasar realiti perkembangan politik ketika ini.

45 ADUN Kelantan angkat sumpah jawatan hari ini
45 Ahli Adun Kelantan mengangkat sumpah jawatan pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-15 hari ini.

Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

PRN: Mohd Amar nafi dakwaan gugur nama Nik Abduh sebagai calon
Timbalan Menteri Besar Kelantan sifatkan dakwaan adik Allahyarham Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Din sebagai fitnah.