Selepas diarahkan berlabuh di perairan Cox's Bazar, Bangladesh pada Isnin, kapal misi kemanusiaan 'Nautical Aliya' kini meneruskan pelayaran selepas dibenarkan berlabuh di Chittagong.
Ketua misi berkenaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata keputusan membenarkan Nautical Aliya berlabuh di pelabuhan Chittagong dibuat kerajaan Bangladesh.
"Saya telah dapat panggilan melalui wakil tentera laut Bangladesh, Kapten Mohammad Nizamul Haq yang menyatakan Bangladesh telah beri kebenaran untuk berlabuh.
"Alhamdulillah, memang segala persiapan logistik di Chittagong dan proses turunkan barang dan bekalan bagi membantu pelarian Rohingya akan menjadi lebih mudah," katanya pada sidang media.
Katanya, keputusan itu juga dicapai hasil hubungan baik antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Bangladesh.
Beliau berkata kapal itu pihaknya dijangka tiba di Chittagong pada 1 pagi Selasa (waktu Malaysia), bergantung kepada keadaan cuaca.
"Apabila tiba kami akan rancang perjalanan dan aktiviti seterusnya untuk sukarelawan," katanya.
Nautical Aliya yang membawa lebih 2,000 tan barangan makanan, keperluan perubatan, barang keperluan harian serta pakaian dan selimut, tiba pada 12.05 tengah hari tadi (waktu Malaysia) di perairan Cox's Bazar.
Pada awalnya misi itu dimaklumkan untuk tidak ke Chittagong atas alasan pelabuhan di situ sibuk.
Sementara itu, Abdul Azeez berkata pihaknya masih menunggu kelulusan berhubung visa ketibaan (visa on arrival) daripada kerajaan Bangladesh bagi membolehkan sukarelawan turun ke darat dan seterusnya bergerak ke kem pelarian Rohingya.
"Fasa kedua misi telah bermula, kita harap kerajaan Bangladesh akan memberi visa ketibaan untuk kita turun membantu masyarakat Rohingya," katanya.
Abdul Azeez berkata kapal tentera laut Bangladesh akan mengiringi Nautical Aliya hingga ke pelabuhan Chittagong.
"Kami berterima kasih dengan kerajaan Bangladesh yang menghulurkan bantuan bagi membolehkan kami menjayakan misi ini," katanya mengenai misi yang masuk hari ke-11 itu.
Mohammad Nizamul membawa Abdul Azeez dan Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid serta beberapa sukarelawan lain menaiki bot tentera Bangladesh untuk meninjau kawasan perairan dekat Cox's Bazar.
Selepas berlepas pada 3 Feb dari Pelabuhan Klang, kapal itu pada Khamis, 9 Feb menurunkan bantuan di pelabuhan Yangon, Myanmar untuk komuniti Rohingya sebelum kembali belayar menuju ke Chittagong.
Misi itu yang dikenali sebagai Food Flotilla for Myanmar anjuran KP1M dan Mapim disertai 182 sukarelawan merangkumi wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia dan negara luar, pasukan perubatan, tenaga pengajar dan pengamal media.
Dua lagi sukarelawan telah turun ke darat di Yangon.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2017

AZEEZ: Kapal misi kemanusiaan 'Nautical Aliya' kini meneruskan pelayaran selepas dibenarkan berlabuh di Chittagong. - fotoBERNAMA

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.

Nautical Aliya dijangka tiba di Pelabuhan Klang Khamis
Selepas selesai menghantar 2,300 tan makanan dan barang keperluan untuk etnik Rohingya, kapal misi kemanusiaan 'Nautical Aliya' dijangka tiba pulang di Pelabuhan Klang pada Khamis.

Hanya 25 sukarelawan Food Flotilla For Myanmar dibenar turun ke lapangan - Abdul Azeez
Selepas dua jam pertemuan dengan wakil kerajaan Bangladesh, hanya 25 wakil misi -Food Flotilla For Myanmar dibenarkan turun ke lapangan.

Nautical Aliya dibenar berlabuh di Chittagong - Azeez
Selepas diarahkan berlabuh di perairan Cox's Bazar, Bangladesh pada Isnin, kapal misi kemanusiaan 'Nautical Aliya' kini meneruskan pelayaran selepas dibenarkan berlabuh di Chittagong.

Nautical Aliya diberi amaran mengenai risiko rompakan di perairan Chittagong
Biro Maritim Antarabangsa (IMB) telah memberi amaran kepada Nautical Aliya mengenai risiko rompakan di perairan Chittagong, Bangladesh.

Food Flotilla for Myanmar: "Saya tak sabar untuk sampai ke Rakhine" - Sukarelawan
Semangat sukarelawan Food Flotilla for Myanmar berkobar-kobar untuk turun ke lapangan bagi membantu pelarian Rohingya.

Sukarelawan Food Flotilla for Myanmar tunggu kelulusan mendarat di Bangladesh
Sekretariat Misi Food Flotilla for Myanmar optimis sukarelawan akan dibenarkan turun ke Bangladesh Isnin ini.

Nautical Aliya teruskan pelayaran ke Chittagong
Selepas sahaja fasa pertama misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' di negara ini selesai , kapal 'Nautical Aliya' meneruskan pelayaran ke Chittagong, Bangladesh hari ini.

Food Flotilla for Myanmar: Barang bantuan selamat tiba di pelabuhan Myanmar
Sejumlah 500 tan barang bantuan yang dibawa Misi Food Flotilla for Myanmar selamat tiba di Pelabuhan Antarabangsa Thilawa, di sini 5:30 petang waktu Malaysia pada Khamis.

#FoodFlotillaForMyanmar: Kapal tidak dibenarkan masuk Teknaf, Bangladesh
Kapal 'Nautical Aliya' yang membawa 195 sukarelawan dalam misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' tidak dibenarkan memasuki Teknaf, Bangladesh.

Flotilla belayar ke wilayah Rakhine selewat-lewatnya 3 Feb
Misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang membawa bantuan kemanusiaan kepada kelompok terjejas di wilayah utara Rakhine, Myanmar, akan belayar dari Pelabuhan Klang di sini, selewatnya-lewatnya 3 Feb.