KUALA LUMPUR:Naz Carpentry memfailkan permohonan ketepikan pembelaan terhadap Awal Ashaari termasuk permohonan pembelaan terhadap tuntutan yang dibuatnya.
Menurut Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan, pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal Ashaari menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.
"Naz Carpentry membalas pembelaan Awal Ashaari dan memfailkan pembelaan tersebut melalui firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors minggu lepas,” kata Saiful dalam satu kenyataan kepada media.
BACA: Ubah suai rumah: Awal Ashaari fail tuntutan balas RM750,000 terhadap Naz Empire
Tambahnya, dalam tuntutan mereka pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry memfailkan tuntutan saman fitnah bernilai RM3 juta terhadap hos TV tersebut dan dua individu yang lain kerana didakwa mencemarkan imej, jenama dan reputasi syarikat dan pemiliknya.
Ia menerusi kempen media sosial oleh Awal yang telah menjatuhkan reputasi mereka berhubung dengan kerja pengubahsuaian di kediaman baru defendan.
Naz Carpentry mendakwa Awal menyerang reputasi syarikat dan pemiliknya melalui beberapa posting berita palsu dan fitnah di akaun media sosial beliau dari November 2019 hingga November 2020.
Sementara itu, peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata, anak guamnya tidak takut dengan tuduhan defendan.
"Dengan tuntutan anak guam kami terhadap Awal Ashaari, Naz Carpentry kini berada di landasan yang tepat untuk memulihkan reputasi mereka. Anak guam kami tidak akan dibuli dan kami menunggu jawapan peguam defendan.
“Berkenaan tuntutan balas Awal Ashaari berjumlah RM750,000, anak guam yakin dan percaya bahawa kos tersebut langsung tidak terhutang oleh anak guam,” tambah Nurul Hafidzah.
Astro Awani
Mon Feb 01 2021

Pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal Ashaari menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya. - Foto Fail BERNAMA

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Naz Carpentry terbuka selesai saman terhadap Awal Ashaari secara mediasi
Proses rundingan secara mediasi itu dapat memberikan penyelesaian secara 'menang-menang' bagi kedua-dua pihak.

Awal Ashaari disaman lagi RM300,000 oleh Naz Carpentry
Saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap defendan Awal Ashaari daripada Naz Carpentry.

Naz Carpentry fail permohonan ketepikan pembelaan terhadap Awal Ashaari
Pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal Ashaari menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.

Awal Ashaari disaman akibat keluarkan kenyataan fitnah
Naz Carpentry telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubara, Advocates and Solicitors.