KUALA LUMPUR:PLS Plantations Bhd (PLS), anak syarikat milik 73.08 peratus Ekovest Bhd (Ekovest) berkata bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak akan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 10 Februari, 2021.
Seorang lagi bekas Pegawai Kanan Bank CIMB, Tan Hong Kheng juga akan sertai PLS sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada tarikh yang sama.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PLS berkata perubahan pada ahli embaga itu adalah susulan daripada peletakan jawatan Hisham Mahmood sebagai Pengarah Kanan Bukan Eksekutif Bebas pada 29 Januari, 2021 dan peletakan jawatan Datuk Lim Kang Poh sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas pada 21 Januari, 2021.
"Selepas pelantikan Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi ketika ini, Tan Sri Datuk Lim Kang Hoo akan dilantik semula sebagai Naib Pengerusi Eksekutif PLS. Tan Sri Lim juga merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ekovest," katanya.
Mohamed Nazir adalah pelabur strategik di PLS dan kini menjadi Pengasas dan rakan kongsi bersama Ikhlas Capital Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat ekuiti swasta ASEAN yang berpusat di Singapura.
Beliau bersara sebagai Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd pada Oktober, 2018 selepas bekerja selama 29 tahun bersama kumpulan perbankan ASEAN itu.
Sementara itu, Tan Hong Kheng adalah Ketua Pegawai Operasi Taylor's Schools dan jawatan beliau sebelum ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tune Group dan Penasihat Am Kumpulan CIMB.
Mohamed Nazir berkata beliau berharap dapat memberikan bimbingan dan pandangan ketika PLS melangkah ke hadapan untuk memperluaskan ladang durian dan perniagaan hilirannya dan mempelbagaikan perniagannya dalam bidang pertanian yang lain.
"Untuk memperkukuhkan kedudukan saya dengan masa depan PLS, selain mengambil bahagain dalam penempatan saham oleh syarikat ini baru-baru ini, saya juga memperoleh pilihan untuk membeli waran sedia ada di PLS yang, apabila ia dilaksanakan, ia membolehkan saya meningkatkan pegangan saham saya di PLS daripada 4.75 peratus pada masa ini kepada 9.9 peratus berdasarkan modal sahamnya sekarang," katanya,
Pada 22 Jan 2021, PLS mengumumkan tawaran jualan saham menerusi penempatan swasta sehingga 10 peratus daripada jumlah saham syarikat yang diterbitkan.
Mohamed Nazir Razak melanggan sebanyakk 19 juta saham PLS pada harga RM0.95 sesaham pelaksanaan penempatan swasta tersebut, manakala 10.0 juta saham PLS telah dilanggan oleh Tiong Nam Logistics Holdings Bhd pada harga RM1.01 bagi setiap saham PLS.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021

Mohamed Nazir dilantik sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 10 Februari, 2021. - Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura
Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.

'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.

Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.

Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.

Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.

Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.

Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.

MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.

Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.