Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mahu jalan di sepanjang pasar malam Jonker Walk di Melaka terus ditutup kepada lalu lintas.
Beliau berkata keputusan membenarkan kenderaan melalui kawasan itu hanya akan menambah kesesakan jalan raya kerana perlu bersaing dengan pelancong yang berjalan kaki.
"Nama pun Jonker Walk, ia memerlukan pedestrians (pejalan kaki) berjalan bukan hanya di kaki lima. Orang mesti berjalan di atas jalan.
"Tiada sebab selepas 13 tahun baru nak fikir semula benda ni. Sudah 13 tahun orang kenal Jonker Walk. Ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat atau faedah kalau kita buka Jonker Walk untuk kenderaan. Ia tidak lagi jadi Jonker Walk, ia akan jadi Jonker Highway," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Jualan Bersepadu 1Malaysia di Panggung Sari, Kompleks Kraf di sini hari ini.
Semalam, kerajaan negeri Melaka memutuskan untuk tetap membuka laluan bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk mulai hari ini dalam usaha membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas susulan rungutan pelbagai pihak termasuk pelancong dan rakyat tempatan, terutama di kawasan bandar pada hujung minggu.
Dilaporkan pembukaan laluan di sekitar Jonker Walk itu tidak melibatkan penutupan gerai sedia ada di sepanjang pasar malam itu bermula 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Jumaat hingga Ahad.
Bagaimanapun, Mohamed Nazri berharap keputusan itu dikaji semula.
"Saya telah berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka (Datuk Idris Haron), dia kata ini merupakan percubaan kerana ada permintaan supaya jalan dibuka dan benarkan kenderaan lalu.
"Tetapi selepas empat hujung minggu (tempoh percubaan), saya harap ia akan terus ditutup. Jonker Walk ia tempat yang mesti dikunjungi di Melaka. Jadi kalau kita buka jalan itu dan benarkan kereta lalu, kalau pelancong tidak datang lagi jangan salahkan orang lain," katanya.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Basaruddin Sadali dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Bernama
Fri Jun 28 2013
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRN Melaka: 'Idris, pilih tempat lain kalau nak ceramah, jangan ganggu mesyuarat UMNO' - Ahmad Maslan
Jelas Ahmad, Idris telah disahkan dilucut keahlian dan tidak sepatutnya bertindak demikian.
PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil kecoh, Idris muncul beri ucapan
Keadaan mula kecoh selepas ada antara Ahli Jawatankuasa UMNO yang mempersoalkan lokasi mesyuarat diadakan.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Saya akan cari siapa cabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang? - Idris
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Idris untuk bertanding melawannya dalam PRN Melaka jika dilaksanakan.
Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.
Tangani banjir kilat: Melaka usaha banyakkan kolam takungan air di taman perumahan
Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu sudah dilaksanakan di beberapa taman perumahan dan ia dilihat berjaya mengatasi bencana itu.
Pecat Idris Haron suatu dakwaan mengarut - Sulaiman
Menurut Sulaiman, kenyataan itu adalah suatu yang tidak masuk akal dan ia sengaja dicetuskan oleh individu tidak bertanggungjawab
Idris Haron serah nasib kepada pucuk pimpinan BN tentukan kerusi yang akan ditandingi
Datuk Seri Idris Haron berkata, buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur
Bantuan sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada dua penggali kubur di setiap 194 kariah di seluruh negeri Melaka.
Persempadanan semula pastikan wakil rakyat berkhidmat lebih efektif
Langkah itu bagi memberi peluang dan ruang kepada pemimpin masyarakat itu untuk menyalurkan perkhidmatan yang diamanahkan secara menyeluruh.