ALOR SETAR: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berjaya mencatatkan lebihan pelaburan sebanyak RM10.52 bilion atau 22 peratus melebihi sasaran awal RM8.6 bilion, manakala pelaburan yang direalisasikan melepasi sasaran awal sebanyak 138 peratus iaitu RM4.17 bilion di negeri ini, tahun lepas.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dari segi penciptaan peluang pekerjaan, NCIA melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 164 peratus atau 5,280 pekerjaan.
"Melalui Projek Strategik, Pelaburan dan Program Modal Insan NCIA, lebih 15,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan di negeri Kedah dan telah menyokong lebih dari 3,000 usahawan mikro.
"Pada masa yang sama, lebih 5,000 perusahaan mikro dan PKS pula telah diberikan bantuan kewangan, dalam memastikan kesinambungan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) hari ini.
Muhammad Sanusi berkata, pendekatan NCIA terhadap pembangunan modal insan telah dirangka dalam Pelan Pembangunan Strategik NCER 2021-2025 (SDP NCER), untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memacu perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan serta aktiviti berasaskan inovasi dan teknologi.
"NCIA memainkan peranan yang penting dalam membantu pemulihan sosioekonomi negeri Kedah dan memastikan Kedah kekal berdaya saing dalam menarik pelaburan asing dan domestik. Projek-projek strategik seperti 'Kedah Rubber City' (KRC) khususnya, dapat menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi getah bernilai tinggi serantau di ASEAN.
"YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan Kedah Rubber City (KRC) minggu hadapan di daerah Padang Terap, Kedah. Setelah siap sepenuhnya, KRC akan memacu Malaysia sebagai peneraju industri getah. Ini akan memberi manfaat kepada rakyat Kedah 2 melalui peluang pekerjaan baru dan meningkatkan aktiviti ekonomi," katanya.
Di samping itu, Muhammad Sanusi berkata, memandangkan keperluan global yang semakin meningkat untuk sarung tangan getah kelas perubatan, NCIA telah memudah cara kelulusan pelaburan bernilai RM10 bilion daripada pengeluar berteknologi tinggi, yang ingin meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) serta di Zon Ekonomi Sempadan Khas Bukit Kayu Hitam (BKHSBEZ).
"Bagi meningkatkan ekonomi usahawan tempatan, Pusat Ekonomi dan Komuniti Bersepadu (iCON@NCER) telah diwujudkan di kawasan-kawasan yang kurang membangun, bagi meningkatkan aktiviti ekonomi setempat. iCON@NCER juga merupakan tarikan baharu yang bertujuan untuk mengurangkan jurang bandar-desa dengan memupuk sikap keusahawanan, menggalakkan penyertaan dan kerjasama tempatan," katanya.
Menteri Besar Kedah itu berkata dua projek perintis iCON di Baling dan Yan akan bermula tahun ini dan dijangka siap pada suku ketiga 2023, dengan NCIA kini memberi tumpuan dalam membangunkan usahawan perintis iCON melalui pelbagai program modal insan seperti entreprenuerNCER.
"Program 'fast track' seperti JomNiaga@NCER dan JomKerja@NCER yang telah dilaksanakan sejak Ogos 2020, memberi tumpuan kepada latihan semula dan meningkatkan kemahiran yang bersepadu dengan latihan kemahiran insaniah, untuk mengukuhkan daya saing peserta dalam pasaran kerja.
"Ini secara langsung menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan yang menganggur dan pekerja yang diberhentikan. Sehingga kini, program JomNiaga@NCER telah mewujudkan lebih daripada 500 peluang pekerjaan dan melahirkan 1,600 usahawan," katanya.
Katanya, Program Modal Insan NCIA yang sedang dilaksanakan di Kedah iaitu enterpreneurNCER - Latihan dan Keusahawanan, NCER Talent Enhancement Program (NTEP) memberi manfaat kepada hampir 7,000 peserta yang terdiri daripada belia, wanita dan graduan menganggur.
"Peserta juga diberi kursus dan bimbingan mengenai keusahawanan dan bantuan kewangan untuk meringankan faedah ke atas pembayaran pinjaman," katanya.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) diteruskan tahun ini untuk memberi manfaat kepada 4,400 wanita yang mewakili isi rumah miskin tegar di Kedah, dengan membantu menangani kos sara hidup melalui sistem kad tanpa tunai untuk membeli barangan isi rumah daripada panel peruncit, dan mendapatkan rawatan kesihatan di klinik panel swasta.
"Selaras dengan sasaran RMKe-12 iaitu sifar miskin tegar menjelang 2025, peserta KIDA digalakkan untuk menyertai program empowerNCER dan JomNiaga@NCER di mana sehingga kini, 190 daripada mereka telah berjaya menjana pendapatan sendiri dan berada di landasan yang betul untuk meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga mereka," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, melalui program modal insan bersepadu NCIA yang bertujuan meningkatkan ekonomi dan ekosistem tenaga kerja di Kedah, pelabur akan dapat memanfaatkan rantaian bekalan tenaga kerja mahir yang komprehensif serta memanfaatkan rangkaian antara industri dan institusi pengajian tinggi.
"Selaras dengan Pelan Pemulihan Negara, lebih daripada 4,500 peluang pekerjaan akan diwujudkan untuk penduduk tempatan yang akan memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi di Kedah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dari segi penciptaan peluang pekerjaan, NCIA melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 164 peratus atau 5,280 pekerjaan. - Gambar fail BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.

RM15 juta bangunkan projek Pelancongan Warisan Ipoh
Pelaksanaan projek Pelancongan Warisan Ipoh dibiayai dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.

NCIA realisasi pelaburan RM7.7 bilion di Kedah
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama kerajaan Kedah telah merealisasikan pelaburan sebanyak RM7.7 bilion di negeri itu.

NTIC pacu pelaburan bernilai tinggi di Perak - Saarani
Inisiatif itu signifikan dalam menjayakan agenda kerajaan negeri untuk meningkatkan ekosistem dan kumpulan bakat.

NCER anjur Sidang Kemuncak SDG pada 16 November
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman umum mengenai pelaksanaan dan pencapaian SDG di Malaysia.

Perak berjaya tarik pelaburan RM2.2 bilion - Saarani
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Kerajaan Perak berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.2 bilion diluluskan ke negeri itu.

NCIA puji Belanjawan 2023 kerana fokus kepada reformasi lestari
Keterangkuman peruntukan yang dibuat dalam belanjawan itu akan membantu memastikan kesejahteraan rakyat dijaga.

NCIA, MITI teruskan kerjasama, bawa pelaburan berimpak tinggi ke NCER
Pihaknya menjangkakan lebih banyak kerjasama dengan MITI, MIDA serta kerajaan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menjelang 2023.

NCIA tarik RM10.52 bilion pelaburan, lepasi sasaran 2021 bagi Kedah
Dari segi penciptaan peluang pekerjaan, NCIA melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 164 peratus atau 5,280 pekerjaan.