Sejumlah 537 pensyarah yang berkhidmat di universiti awam di negara ini berkelulusan Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada 20 universiti terkemuka dunia.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini menjadikan sistem pendidikan tinggi negara semakin hebat dengan kepakaran tenaga pengajar tempatan yang berkebolehan.
"Kualiti sistem pendidikan tinggi negara hari ini semakin baik dan oleh sebab itu, ibu bapa janganlah takut untuk menghantar anak-anak ke universiti awam kerana kita memiliki pensyarah yang hebat," katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.
Antara 20 universiti dunia itu termasuk Harvard University dengan 14 alumni, Oxford University (71), University of Cambridge (101), Imperial College London (93) dan University College London (54).
Pada majlis itu, sebanyak 1,602 individu menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas komitmen dan kualiti perkhidmatan mereka sepanjang tahun lalu.
Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis itu, Idris berkata kementerian sedang mencari penyelesaian bagi membantu masalah pertukaran guru terutamanya di kawasan yang mendapat permintaan tinggi seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Katanya sistem lampu isyarat yang diperkenalkan adalah kaedah terbaik setakat ini namun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
"Dari segi teknologi (sistem) kita dah ada tapi masalah lain yang perlu diberi perhatian termasuk bagaimana nak bantu suami isteri yang terpisah (disebabkan masalah pertukaran) kerana kekosongan penempatan perlu ada untuk berbuat demikian," katanya.
Sistem lampu isyarat yang diumumkan Ahad lepas membolehkan keputusan permohonan guru untuk bertukar ke negeri pilihan mereka dibuat berdasarkan satu kekosongan bagi satu opsyen.
Permohonan dilayan sekiranya ada kekosongan mengikut opsyen dan kekosongan yang terdapat di negeri-negeri dipaparkan secara dalam talian menerusi laman web kementerian.
Bernama
Tue Jun 02 2015

IDRIS: 'Negara ada 537 pensyarah lulusan universiti terkemuka luar negara' - Gambar fail
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada enam pelajar Malaysia berjaya ke Harvard
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita di atas kejayaan mereka yang sekali gus turut membanggakan rakyat Malaysia.

Saintis kini faham mengapa tekanan buat rambut beruban
Dalam eksperimen pada tikus, sel induk yang mengawal warna kulit dan warna rambut menjadi rosak selepas mengalami tekanan yang kuat.

Visa pelajar asing: Dua universiti fail saman atas Jabatan Kastam AS
Universiti Harvard dan Massachusets Institute of Technology (MIT) memohon injunksi mahkamah untuk menggantung sementara keputusan itu.

Pemegang PhD Harvard, ini biodata Sultan Nazrin
Berikut merupakan biodata Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan.

Maszlee gesa universiti awam dibuka kepada umum
Naib-naib canselor juga dikehendaki tidak menghalang sebarang bentuk program debat, forum atau wacana yang dianjurkan mahasiswa.

Mark Zuckerberg diberi penghormatan beri ucapan majlis konvokesyen Universiti Harvard
Zuckerberg menjadi bekas pelajar kedua universiti tersohor itu yang diberi penghargaan sedemikian, biarpun dia sendiri tidak sempat menghabiskan pengajian.

Joe Flizzow timba ilmu di Harvard
Joe Flizzow mengikuti kursus The Business of Entertainment and Sports yang ditawarkan oleh Harvard Business School.

Najib janji ambil tindakan paling keras jika siasatan 1MDB dedahkan wujud salah laku
Perdana Menteri berkata 1Malaysia Development Berhad berdepan tempoh yang sangat mencabar namun "langkah-langkah konkrit" sedang diambil untuk menangani keadaan.

PSY beri ucapan di Universiti Harvard
Psy yang merupakan penyanyi Asia pertama memberi ucapan di universiti Harvard mendedahkan dia pernah digelar -WWF-.