BATAM: Tentera dari 10 negara ASEAN dilaporkan mengadakan latihan bersama buat pertama kalinya di Indonesia pada Selasa, ketika ketegangan sedikit memuncak susulan tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan.
Ratusan tentera dari ASEAN menyertai latihan ASEX 01-Natuna itu, yang dijadual berlangsung hingga Sabtu, dengan lima kapal perang dari Indonesia, Brunei, Malaysia dan Singapura belayar dari Pulau Batam ke sebuah kawasan berhampiran Kepulauan Natuna, menghadap perairan yang dituntut China.
Memetik laporan Nikkei Asia, ASEAN sebelum ini telah mengadakan latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat dan beberapa negara rakan yang lain, tetapi latihan kali ini merupakan yang pertama seumpamanya untuk 10 negara ASEAN tersebut.
“Saya ingin menegaskan bahawa Kesatuan ASEAN tidak akan pernah tergugat dan akan tetap sentiasa dipertahankan.
"Dalam kita menambah nilai dan belajar dari satu sama lain, latihan ini akan memperkuat keupayaan dan kemampuan kita untuk mengekalkan keamanan, kemakmuran dan keselamatan rantau ini,” kata Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Yudo Margono.
Menurut Nikkei Asia, perairan Indonesia tidak termasuk dalam tuntutan China, namun negara itu terpaksa berhadapan dengan beberapa insiden pencerobohan di kawasan ekonomi eksklusif (EEZ) miliknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beberapa pakar dan pemerhati antarabangsa berpendapat, latihan ketenteraan itu merupakan satu demonstrasi kesatuan ASEAN, di saat beberapa negara rantau itu dilihat tidak begitu sefahaman, terutamanya dalam usaha mereka menangani krisis di Myanmar.
Ketegangan turut meningkat dalam bulan ini selepas Beijing mengeluarkan satu peta baharu bagi kawasan perairan yang menjadi pertikaian.
Latihan ketenteraan itu diadakan selepas pertemuan Ketua-ketua Pertahanan ASEAN di Bali pada Jun, yang turut menyaksikan kehadiran Timor Leste sebagai negara jemputan ASEAN.
Sewaktu Persidangan Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta awal bulan ini, Pengerusinya yang juga Presiden Indonesia, Joko Widodo, menegaskan kepentingan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.
Astro Awani
Sat Sep 23 2023
![Negara ASEAN pamer kesatuan, jalani latihan ketenteraan bersama di Kepulauan Natuna Negara ASEAN pamer kesatuan, jalani latihan ketenteraan bersama di Kepulauan Natuna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695442736_TBIndonesianNavy.jpg)
Anggota tentera berbaris berhampiran kapal hospital Tentera Laut Indonesia KRI Dr Radioman Wedyodiningrat pada majlis perasmian Latihan Solidariti ASEAN (ASEX) di Pelabuhan Batu Ampar, Pulau Batam, Indonesia, 19 Sept 2023. (Foto AP)
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Latihan ketenteraan Malaysia dengan Barat isyarat kepada Beijing mengenai Laut China Selatan - Laporan Latihan ketenteraan Malaysia dengan Barat isyarat kepada Beijing mengenai Laut China Selatan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993646_latihanketenteraan.jpg)
Latihan ketenteraan Malaysia dengan Barat isyarat kepada Beijing mengenai Laut China Selatan - Laporan
Akhbar South China Morning Post menyifatkan latihan ketenteraan Malaysia bersama Singapura dan kuasa Barat, membantu' Malaysia menghantar isyarat kepada Beijing di Laut China Selatan.
![Eksesais Tiger Strike 2024: Orang ramai di Seberang Takir, Setiu tidak perlu panik Eksesais Tiger Strike 2024: Orang ramai di Seberang Takir, Setiu tidak perlu panik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717122363_TDM.jpg)
Eksesais Tiger Strike 2024: Orang ramai di Seberang Takir, Setiu tidak perlu panik
Latihan akan melibatkan banyak pergerakan kenderaan dan aset tentera, bunyi letupan dan penerbangan pesawat tentera.
![Hasrat ibu tunggal miliki rumah sendiri tercapai Hasrat ibu tunggal miliki rumah sendiri tercapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707057738_TBABRAUF.jpg)
Hasrat ibu tunggal miliki rumah sendiri tercapai
Hasrat ibu tunggal asnaf, Rohani Karim untuk memiliki kediaman sendiri pada usia menginjak senja, tercapai apabila menerima rumah di bawah Projek Perumahan 'Better Bright Home' @ Baiti Jannati TNB.
![Malaysia bakal sertai latihan ketenteraan Cobra Gold bulan ini Malaysia bakal sertai latihan ketenteraan Cobra Gold bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706997604_TBCobraGold.jpg)
Malaysia bakal sertai latihan ketenteraan Cobra Gold bulan ini
Malaysia bakal menyertai Cobra Gold ke-43, latihan ketenteraan multinasional paling lama dan terbesar di dunia, bersama tentera dari 30 negara yang akan diadakan di Thailand pada akhir Februari.
![Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706684297_TBSultanIbrahim.jpg)
Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara
Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda.
![Negara ASEAN pamer kesatuan, jalani latihan ketenteraan bersama di Kepulauan Natuna Negara ASEAN pamer kesatuan, jalani latihan ketenteraan bersama di Kepulauan Natuna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695442736_TBIndonesianNavy.jpg)
Negara ASEAN pamer kesatuan, jalani latihan ketenteraan bersama di Kepulauan Natuna
Tentera dari negara ASEAN menyertai latihan ASEX 01-Natuna melibatkan pelayaran lima kapal perang ke kawasan berdekatan Kepulauan Natuna.
![Tentera China masih jalan operasi di Taiwan meskipun selepas latihan tamat Tentera China masih jalan operasi di Taiwan meskipun selepas latihan tamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681358560_militarydrills.jpg)
Tentera China masih jalan operasi di Taiwan meskipun selepas latihan tamat
Taiwan melaporkan pesawat dan kapal perang China masih beroperasi di sekitar pulau itu, beberapa hari selepas Beijing memaklumkan latihan ketenteraannya tamat
![Kim Jong Un gesa Korea Utara perkukuh sistem pencegahan peperangan Kim Jong Un gesa Korea Utara perkukuh sistem pencegahan peperangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643791062_TBKIMJONGUN.jpg)
Kim Jong Un gesa Korea Utara perkukuh sistem pencegahan peperangan
Korea Utara gagal jawab panggilan rutin dari Korea Selatan sejak beberapa hari lalu yang dibuat melalui saluran komunikasi langsung mereka.
![China sekat laut, ruang udara Taiwan China sekat laut, ruang udara Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681171092_videofootage.jpg)
China sekat laut, ruang udara Taiwan
China berkata, permainan perang itu termasuk 'menutup' Taiwan, di mana puluhan pesawat dilaporkan melakukan sekatan udara.
![China lancarkan rondaan, latihan ketenteraan di sekitar Taiwan China lancarkan rondaan, latihan ketenteraan di sekitar Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681008442_aircraft.jpg)
China lancarkan rondaan, latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
Rondaan dan latihan berlangsung di kawasan maritim dan ruang udara Selat Taiwan.