PANDEMIK COVID-19 telah melanda negara sejak awal tahun 2020. Pandemik berkenaan telah memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan Malaysia.
Sekolah-sekolah telah ditutup bagi tempoh yang panjang. Menurut laman pemantauan UNESCO, Malaysia tergolong dalam kalangan sekumpulan negara yang paling lama menutup sekolah.
Walaupun secara rasminya pengajaran dan pembelajaran dari rumah tetap berjalan dalam tempoh penutupan sekolah, keberkesannya sangat minimum. Di samping masalah ketiadaan gajet dan talian internet, ramai murid tidak mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif di rumah.
Tidak semua murid mempunyai kemewahan bilik belajar, hatta ruang atau meja belajar sendiri. Tidak hairanlah jika kajian menunjukkan secara purata 80 peratus murid sahaja yang hadir dalam PdPR, itupun dalam kadar keberkesanan yang berbeza.
Akibatnya, kini terhasil generasi yang tersisih daripada menjalani pendidikan formal. Mereka kehilangan peluang belajar yang sempurna. Sebahagian langsung tidak menjalani apa-apa pembelajaran dalam tempoh pandemik ini. UNESCO menamakan mereka sebagai 'the lost generation', atau generasi yang hilang.
Kajian yang dilakukan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) terhadap keluarga miskin bandar di Lembah Klang mendapati, jumlah pelajar yang kembali ke sekolah menurun ketika ia dibuka semula pada Julai tahun lalu.
Tinjauan itu mendapati hampir satu per lima pelajar daripada 500 keluarga hilang minat untuk bersekolah semula sejak tempoh perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan, dengan tujuh peratus pelajar sekolah menengah memilih untuk tidak kembali ke sekolah.
Jumlah ini dijangka tentunya lebih meningkat pada tahun ini selepas lebih 500 hari tempoh di rumah.
Fenomena ini akan memberi kesan jangka panjang kepada pembinaan intelektual, jasmani, rohani dan emosi murid, sekali gus merencatkan pembangunan sahsiah, jati diri, dan kesediaan mereka menghadapi masa depan.
Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan sekolah untuk pembelajaran bersemuka secara berperingkat mulai 1 September 2021, bermula dengan kelas peperiksaan SPM.
Setakat ini, pengumuman ini tidak diiringi dengan apa-apa polisi, rancangan, atau garis panduan untuk memastikan bukan sahaja institusi pendidikan boleh dibuka dengan selamat, tetapi juga memberi gambaran bagaimana pendidikan generasi tersisih yang hilang ini boleh dibangunkan semula secara menyeluruh.
Dengan beberapa minggu berbaki untuk memasuki bulan September 2021, KPM belum membuat apa-apa sesi libat-urus bersama pihak sekolah, ibu bapa dan pemegang taruh yang lain .
Ini menimbulkan kegusaran kerana hampir semua tindakan dan keputusan KPM sebelum ini bersifat spontan atau reactionary, tanpa didasari perancangan menyeluruh dengan kaedah serta kriteria yang jelas. Kali ini juga KPM tidak menunjukkan perancangan terperinci dengan pelan-pelan alternatif sekiranya pandemik ini berterusan.
Jika diteliti, kini telah terdapat banyak garis panduan dan rancangan pembangunan semula pendidikan pasca-COVID-19 yang diterbitkan oleh organisasi antarabangsa seperti UNESCO, UNICEF, WHO, Bank Dunia dan lain-lain.
Banyak rancangan dan garis panduan ini bersifat terperinci menggariskan tindakan-tindakan yang perlu diambil di peringkat kerajaan pusat, pengurusan pendidikan di lokaliti dan sekolah .
Alternatif dan kriteria telah diberikan dengan jelas untuk menghadapi pelbagai kemungkinan, semuanya dalam rangka memastikan pendidikan tetap berjalan dalam apa jua keadaan. Cara-cara membuat pemulihan pendidikan juga dibutirkan dengan jelas. Kita hanya perlu mengambil dokumen-dokumen ini dan menyesuaikan dengan keadaan negara kita.
Oleh itu, adalah disarankan KPM menyediakan rancangan dan polisi yang jelas mengenai pembangunan semula pendidikan Malaysia.
Rancangan dan polisi berkenaan bukan sekadar mengenai pembukaan semula institusi pendidikan tetapi juga melibatkan rancangan jangka panjang dan pendek bagi membangunkan semula pendidikan Malaysia.
Rancangan-rancangan alternatif diperlukan untuk jangka pendek bagi pembukaan September 2021 dan rancangan alternatif jangka panjang bagi kelangsungan pendidikan dan industri pendidikan untuk tahun 2022 dan seterusnya.
Pelan tindakan ini juga tidak boleh lagi bersifat blanket atau one size fits all tanpa mengambil kira kepelbagaian jenis sekolah, lokasi, saiz sekolah dan tahap jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan. Rancangan dan polisi berkenaan perlu mengambil kira kepelbagaian yang wujud serta kemungkinan COVID-19 akan menjadi endemik di dalam negara.
Semoga rancangan dan polisi sedemikian dapat merealisasikan hasrat untuk memberi keutamaan kepada pembinaan semula sistem pendidikan negara.
* Artikel ini daripada Pengasas Gains Education Group, Zaliza Alias, dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan Ikram Malaysia, Profesor Omar Yaakob.
** Penulisan ini adalah dari pandangan penulis berdasarkan bidang profesional mereka, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Wed Aug 11 2021

Walaupun secara rasminya pengajaran dan pembelajaran dari rumah tetap berjalan dalam tempoh penutupan sekolah, keberkesannya sangat minimum. - Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.

Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.

Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.

Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan
Sektor pendidikan di Syria, terutamanya di Aleppo, menghadapi cabaran besar untuk dibangunkan semula.

British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan
British Council terdapat di 100 negara di seluruh dunia tetapi kini terpaksa mempertimbang untuk menutup operasi di 30 hingga 40 negara.