SEREMBAN: Rakyat Negeri Sembilan berduka di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini pada usia 100 tahun, yang sangat dekat di hati mereka.
Tunku Ampuan Najihah menghembuskan nafas terakhir pada 6.53 pagi tadi, di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan itu juga adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman yang menduduki takhta negara pada 1994 hingga1999.
Almarhumah Tunku Najihah diputerikan pada 1 Sept 1923 di Seri Menanti, Kuala Pilah dan mendapat pendidikan awal di Tengku Mohamad School Kuala Pilah sebelum melanjutkan pelajaran tinggi di School Of Oriental and African Studies, London.
Baginda mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Jaafar pada 8 Ogos 1942 dan dikurniakan tiga putera serta tiga puteri.
Tuanku Jaafar mangkat pada 2008 ketika berusia 86 tahun.
Tunku Najihah dikenali sebagai seorang permaisuri yang aktif dan meminati sukan serta pernah menjadi penaung beberapa persatuan termasuk Presiden Pasukan Badminton Tunku Ampuan, Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia, Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia dan Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Baginda juga pernah menjadi Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Almarhumah menerima Anugerah Tun Fatimah 'Srikandi Negara' pada 1999.
Baginda turut dikenali sebagai 'Lady with a Heart of Gold' berikutan penglibatan dalam membantu golongan miskin, tidak berkemampuan dan kurang bernasib baik.
Atas jasa Almarhumah, beberapa tempat di Negeri Sembilan telah dinamakan sempena nama baginda termasuk Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Yayasan Tuanku Najihah dan Rumah Kanak-kanak Tuanku Najihah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (lima, kanan) berkenan menziarahi jenazah Tunku Ampuan Najihah di Istana Nurul Jannah hari ini. Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (empat, kanan). - Gambar/ Bernama
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Negeri Sembilan berduka kemangkatan Tunku Najihah
Rakyat Negeri Sembilan berduka di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini pada usia 100 tahun.
Tunku Ampuan Najihah mangkat
Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, selepas waktu Asar.