SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan menambah kawasan penanaman padi di Londah, Gemas membabitkan 20 hektar tanah bagi meningkatkan pengeluaran beras di negeri ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata selain itu kerajaan negeri juga akan mewujudkan kawasan pembenihan padi bagi meningkatkan kualiti benih.
"Sememangnya kita akui bahawa bekalan beras putih tempatan (BPT) kurang, bukan sahaja dalam negara malah beberapa negara atas faktor termasuk sekatan dari India.
"Susulan itu, beberapa langkah intervensi jangka pendek, sederhana dan panjang telah kita kemukakan untuk menghadapi kekurangan bekalan BPT pada masa hadapan," katanya pada persidangan DUN Negeri Sembilan di sini hari ini.
Menurut Jalaluddin, kerajaan negeri juga setakat ini belum mengambil keputusan untuk mengenakan syarat tertentu bagi pembelian BPT termasuk kepada warga asing kerana bekalan beras masih mencukupi.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Mohamad Hanifah Abu Baker (PN-Labu) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri mempunyai rancangan strategik untuk membuka kawasan tanaman padi serta langkah memastikan hak membeli BPT diutamakan kepada rakyat tempatan.
Dalam pada itu, Jalaluddin berkata bagi tempoh 20 hingga 26 Sept lepas, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri menerima 130 tan metrik BPT menerusi program intervensi BPT yang diedarkan kepada lima outlet FAMA di seluruh negeri.
Katanya selain itu, di bawah Pakej Peningkatan Hasil Padi, pesawah mendapat pelbagai manfaat untuk pembangunan sawah merangkumi pembaikan infrastruktur ladang, sistem pengairan dan program tranformasi teknologi seperti penggunaan dron untuk tujuan pembajaan dan racun di sawah.
Beliau berkata demikian menjawab soalan asal Mohamad Hanifah mengenai langkah kerajaan negeri membantu rakyat berikutan kenaikan harga beras dan inisiatif membantu pesawah untuk meningkatkan produktiviti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023

Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata selain itu kerajaan negeri juga akan mewujudkan kawasan pembenihan padi bagi meningkatkan kualiti benih. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalamualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.

Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.

Hampir 2,000 meriahkan Assalamualaikum RaRa 2025 di Negeri Sembilan
Program Assalamualaikum RaRa 2025 bertemakan 'Meriah Lain Macam' menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengimarahkan masjid.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.