SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melakar prestasi cemerlang dengan meraih kutipan hasil sebanyak RM541.3 juta atau 20.3 peratus melebihi RM450 juta yang disasarkan tahun lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hasil bukan cukai menyumbangkan kutipan tertinggi sebanyak RM325 juta, terimaan bukan hasil sebanyak RM63.9 juta manakala hasil cukai sebanyak RM152.3 juta.
"Dengan semangat yang cukup tinggi termasuk daripada Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri, kita berjaya meningkatkan pendapatan, ia sesuatu yang baik," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga telah berjaya melaksanakan sebahagian besar inisiatif-inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang terus memberikan impak positif kepada tahap kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.
Aminuddin berkata pada tahun ini kerajaan negeri akan terus berusaha keras untuk mencapai sasaran hasil sebanyak RM520 juta serta melaksanakan pelbagai program dan projek di bawah sembilan Teras Aspirasi dan Skim Sejahtera Rakyat di bawah Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan.
"Kita sasar (jumlah hasil) sebanyak RM520 juta namun saya yakin kita mampu capai sehingga RM600 juta dan mengutip jumlah hasil yang lebih baik tahun ini," katanya.
Kerajaan Negeri Sembilan baru-baru ini meluluskan Belanjawan Negeri 2024 bertemakan 'Bersama Membina Negeri MADANI' berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
![Negeri Sembilan raih kutipan hasil RM541.3 juta tahun lepas Negeri Sembilan raih kutipan hasil RM541.3 juta tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691909141_AminuddinHarun.jpg)
Aminuddin berkata pada tahun ini kerajaan negeri akan terus berusaha keras untuk mencapai sasaran hasil sebanyak RM520 juta. - Gambar fail/Bernama
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736239883_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.
![Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714643155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.
![Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715250076_TBAminuddinHarun.jpg)
Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB
Kerajaan Negeri Sembilan tidak meminggirkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang di negeri ini.
![Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715240896_MohdFaizalRamlijp.jpg)
Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI
Kerajaan Negeri Sembilan akan menimbangkan pemberian insentif kewangan kepada syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
![81 rumah pangsa kerajaan N.Sembilan diduduki bukan penyewa asal 81 rumah pangsa kerajaan N.Sembilan diduduki bukan penyewa asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709632998_ExcoKerajaanTempat.jpg)
81 rumah pangsa kerajaan N.Sembilan diduduki bukan penyewa asal
Daripada jumlah yang diperiksa itu, 48 kediaman masih dihuni oleh penyewa asal, 55 kediaman diduduki keluarga atau saudara-mara penyewa asal, 26 lagi disewakan, satu kediaman kosong dan lain-lain 108.
![Negeri Sembilan raih kutipan hasil RM541.3 juta tahun lepas Negeri Sembilan raih kutipan hasil RM541.3 juta tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691909141_AminuddinHarun.jpg)
Negeri Sembilan raih kutipan hasil RM541.3 juta tahun lepas
Kerajaan Negeri Sembilan meraih kutipan hasil sebanyak RM541.3 juta atau 20.3 peratus melebihi RM450 juta yang disasarkan tahun lalu.
![Ganjaran RM10,000 salur maklumat buang sisa kimia secara haram Ganjaran RM10,000 salur maklumat buang sisa kimia secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578053314_Seremban.jpg)
Ganjaran RM10,000 salur maklumat buang sisa kimia secara haram
Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat kegiatan pembuangan haram sisa kimia sehingga tertangkapnya pelaku.
![Streram berjanji akan selesai isu perumahan rakyat di Rantau Streram berjanji akan selesai isu perumahan rakyat di Rantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554191347_950x600.jpg)
Streram berjanji akan selesai isu perumahan rakyat di Rantau
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S.Streram sudah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan untuk mempertimbangkan untuk membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Rantau.