JOHOR BAHRU: Seorang nelayan warga tempatan didenda RM11,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan termasuk memiliki bahan letupan, April lepas.
Abdul Gafar Abdul Latif, 48, dituduh memiliki bahan letupan jenis emulex tanpa kebenaran di dalam sebuah vesel nelayan tempatan pada kedudukan 0.2 batu nautika dari Tanjung Selantai, Mersing, pada 18 April lepas.
Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini, lelaki berkenaan yang dijatuhi hukuman semalam, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, yang membawa hukuman dipenjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Selain itu, Abdul Gafar juga didakwa menangkap ikan tanpa lesen serta memiliki peralatan menangkap ikan tanpa lesen pada hari yang sama pada pukul 11 malam.
Pertuduhan menangkap ikan tanpa lesen mengikut Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (b) akta yang sama manakala memiliki peralatan menangkap ikan tanpa lesen merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (3) (b) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (b) Akta yang sama.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Hakim Norsiah Ujang menjatuhi hukuman denda RM10,000 bagi pertuduhan pertama dan kedua, jika gagal berbuat demikian lelaki itu boleh dipenjara tiga bulan bagi pertuduhan pertama dan dua bulan untuk pertuduhan kedua.
Selain itu, Norsiah turut mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,000 bagi pertuduhan ketiga dan jika gagal membayarnya, boleh dipenjara satu bulan.
Mahkamah mengarahkan barang kes seperti vesel, dan peralatan menangkap ikan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Johor Azlan Bohari manakala Abdul Gafar tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, yang membawa hukuman penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya. - Pexels

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

'Suspek memang dikenali bermasalah, kalau tahu saya halang dia berjumpa'
Nelayan yang mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, sekiranya mengetahui pelanggan tersebut adalah suspek, dia pasti akan berusaha menghalang pertemuan itu.

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.

KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.

Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai.

Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan
Operasi disertai 51 anggota pelbagai agensi memfokuskan kepada pemeriksaan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan sekitarnya.

Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.