BANGKOK:Seorang nelayan mendapat durian runtuh apabila menemui mutiara oren Melo yang sangat jarang ditemui bernilai 250,000 pound (RM1.3 juta) di pantai Thailand.
Memetik laporan Daily Mail, Hatchai Niyomdecha, 37, menemui mutiara berharga itu ketika sedang mengutip cangkerang dengan keluarganya di wilayah Nakhon Si Thammarat pada 27 Januari lalu.
Mutiara Melo terbentuk dalam cangkerang siput dikenali sebagai Melo Melo yang menumpang hidup di dalam cangkerang, tidak seperti mutiara tradisional yang dijumpai dalam tiram.
Pada mulanya, Hatchai yang ketika itu sedang membersihkan pelampung, menemui beberapa cangkerang termasuk tiga cangkerang siput.
Ayahnya, Bangmad Niyomdecha, 60, telah membersihkan cangkerang tersebut sebelum menemui mutiara sebesar wang syiling 10 sen dan seberat 7.68 gram.
“Saya mahu menjual mutiara itu dengan harga paling tinggi. Wang itu bukan sahaja dapat mengubah hidup saya bahkan ia akan mengubah masa depan, dan keluarga saya dapat menikmati kehidupan lebih baik,” katanya.
Hatchai berkata, ada beberapa pembeli berminat untuk membeli mutiara itu, namun, disebabkan harga yang ditawarkan tidak begitu tinggi, dia menolaknya.
Bagaimanapun, Hatchai mungkin akan menerima tawaran seorang pembeli dari China yang mahu membeli Mutiara Melo itu pada harga 250,000 pound.
Agensi
Sat Feb 06 2021
![Nelayan temui mutiara oren Melo, mutiara jarang ditemui Nelayan temui mutiara oren Melo, mutiara jarang ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612585707_pearl.jpg)
Hatchai mungkin akan menerima tawaran seorang pembeli dari China yang mahu membeli Mutiara Melo itu pada harga 250,000 pound. - Foto New York Post
Macron desak Trump tidak jejaskan ekonomi EU dengan tarif
Presiden Perancis Emmanuel Macron menegaskan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak seharusnya menjejaskan ekonomi kesatuan Eropah dengan ancaman tarif.
China kenakan tarif tambahan ke atas barangan AS mulai Isnin
China akan mengenakan tarif tambahan sebanyak 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat serta 10 peratus ke atas beberapa barangan lain dari negara itu bermula Isnin.
![Liza Aziz takluk Pentas Akhir GV11, ‘Vaganzers’ puas hati! Liza Aziz takluk Pentas Akhir GV11, ‘Vaganzers’ puas hati!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739166697_tbGVFINALLA.jpg)
Liza Aziz takluk Pentas Akhir GV11, ‘Vaganzers’ puas hati!
Liza Aziz mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menewaskan lima finalis lain untuk merangkul gelaran juara Gegar Vaganza Musim Ke-11 (GV11).
KWSP dijangka umum dividen 2024 lebih tinggi berbanding 2023
Prestasi kukuh pasaran ekuiti global dan domestik pada 2023 memberi petanda bahawa KWSP mungkin mengumumkan dividen lebih tinggi untuk 2024, meskipun berdepan cabaran pasaran.
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion.
"Rakyat Malaysia sayang kamu, Erdogan!" - PM Anwar
Perdana Menteri menyatakan bahawa hari ini Erdogan dan isteri disambut bukan hanya sebagai pemimpin negara, malah sebagai pemimpin yang memberi pengaruh yang besar terhadap negara Malaysia khususnya.
#AWANInews
#AWANInews
SME Bank salur pembiayaan RM3.6 bilion pada tahun kewangan 2024
SME Bank berkata ia akan memperluaskan pembiayaan serta memberi sokongan dengan penekanan terhadap keterangkuman kewangan untuk PMKS merentasi sektor strategik utama, khususnya perusahaan bumiputera serta semua segmen yang berkaitan dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
Kadar pengangguran terendah dalam tempoh hampir 10 tahun - DOSM
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan dan pertumbuhan yang kukuh menjelang penghujung 2024.
Turkiye kini lebih kuat dan yakin adalah kerana kepimpinan Erdogan -PM
Kepengurusan dan kepimpinan hebat oleh Erdogan menjadikan Turkiye kini lebih kuat, yakin, dan bersemangat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau juga menyatakan bahawa beliau dan rakyat Malaysia tidak akan melupakan sokongan yang diberi oleh Erdogan serta keluarga yang bersifat tulus, kekawanan dan kasih sayang.
#AWANInews
Beliau juga menyatakan bahawa beliau dan rakyat Malaysia tidak akan melupakan sokongan yang diberi oleh Erdogan serta keluarga yang bersifat tulus, kekawanan dan kasih sayang.
#AWANInews
PM dengan penuh hormat sambut baik kedatangan Erdogan ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa penuh hormat beliau terhadap Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam meneruskan hubungan baik dua hala di antara dua negara.
Beliau juga berkongsi tentang kehebatan Erdogan dalam menerajui Turkiye dalam pelbagai cabaran termasuk melakukan perubahan yang luar biasa.
#AWANInews
Beliau juga berkongsi tentang kehebatan Erdogan dalam menerajui Turkiye dalam pelbagai cabaran termasuk melakukan perubahan yang luar biasa.
#AWANInews
![Nelayan temui mutiara oren Melo, mutiara jarang ditemui Nelayan temui mutiara oren Melo, mutiara jarang ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612585707_pearl.jpg)
Nelayan temui mutiara oren Melo, mutiara jarang ditemui
Seorang nelayan mendapat durian runtuh apabila menemui mutiara oren Melo yang sangat jarang ditemui bernilai 250,000 pound (RM1.3 juta).