SEORANG warga emas berusia 104 tahun dari Chicago berjaya membuktikan bahawa umur hanya sekadar nombor apabila berjaya melakukan terjunan udara.
Dorothy Hoffner melompat keluar dari kapal terbang pada Ahad lalu dan menjadi salah seorang individu paling tua bakal direkodkan dalam Guinness World Record.
Semasa berada dalam pesawat tersebut, Hoffner kelihatan memakai sut pakaian payung terjun dan mula melakukan terjunannya.
"Ia sangat menyeronokkan dan damai apabila payung terjun terjatuh atas anda selepas mendarat.
"Anda boleh melihat seluruh kawasan luar bandar ini. Ia sangat cantik sekali," katanya yang memberitahu CNBC Make It.
Syarikat Skydive Chicago memuat naik video nenek tersebut sebagai cubaan memecahkan rekod dunia sebagai wanita paling tua melakukan terjunan itu.
Kapyen bertulis ' Sungguh menakjubkan apabila membantu rakan kami berusia 104 tahun, Dorothy Hoffner menjadi individu tertua di dunia melakukan terjunan payung terjun. Dia mengingatkan kita semua pada Ahad lalu bahawa usia hanyalah nombor'.
Difahamkan ia bukan kali pertama dilakukan nenek ini. Semasa hari lahir ke 100, Hoffner pernah melakukan terjunan pertamanya.
Empat tahun selepas itu, dia melakukan semula selepas berjaya mendarat dengan selamat.
Menurut wakil dari Skydive Chicago, Hoffner mungkin akan dinobatkan sebagai warga emas pertama melakukan lompatan payung terjun tersebut.
"Jika mendapat peluang, cepat lakukannya dan ia tidak menakutkan," katanya.
Rekod sebelum ini juga dipegang seorang wanita berusia 103 tahun. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Fri Oct 06 2023

Syarikat Skydive Chicago memuat naik video nenek tersebut sebagai cubaan memecahkan rekod dunia sebagai wanita paling tua melakukan terjunan itu. - Gambar/ FB Skydive Chicago

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Paraglider hilang dalam awan dijumpai selamat
Mohamad Rosely ditemui kira-kira tiga kilometer dari arah utara menghala ke Kampung Sungai Damar, Kuala Kubu Bharu.