Seorang nenek dan cucunya berhadapan detik mencemaskan apabila rumah mereka berdekatan pekan Rantau Panjang dinaiki air banjir secara mendadak sehingga paras dada, dan terpaksa berdiri lima jam menunggu untuk dipindahkan.
Menceritakan kejadian pada Rabu lepas itu, Asiah Deraman, 53, berkata beliau juga terpaksa mendukung cucunya Mohd Arfan Tuan Nuh, 8, sementara menunggu ketibaan anggota bomba dan penyelamat.
"Masa itu pukul 12 malam, saya sedang mengemas barang-barang dalam rumah. Tiba-tiba air naik hingga ke paras dada saya dan saya hanya mampu berserah kerana tidak boleh keluar dari rumah.
"Saya kemudiannya meminta jiran supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa yang kami dua beranak masih berada di dalam rumah. Alhamdulillah, anggota bomba datang pukul 6 pagi," katanya kepada Bernama di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang di sini, semalam.
Mohd Arfan tinggal bersama neneknya kerana ibu bapanya berkerja di luar Kelantan.
Asiah berkata ketika anggota bomba tiba di rumahnya, beliau sudah tidak mampu bergerak kerana terlalu lama berada di dalam air.
"Saya dah tak boleh bergerak dan mereka (bomba) yang angkat dan bawa saya ke pusat pemindahan. Cucu saya sampai demam sebab berada dalam air terlalu lama.
"Ini pengalaman pertama dalam hidup saya, sebelum ini air naik tidak tinggi sampai macam tu sekali. Banjir kali ini memang teruk, air juga sangat deras," katanya.
Asiah berkata kelengkapan rumahnya seperti peti sejuk, televisyen dan kusyen rosak kerana tidak dapat diselamatkan kerana air naik secara mendadak.
"Memang tak ada benda yang boleh diselamatkan, air naik cepat," katanya.
Bernama
Fri Dec 19 2014
Sebahagian daripada mangsa banjir dari kampung berdekatan dipindahkan di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi Rantau Panjang selepas rumah mereka dilanda banjir sejak Rabu lalu. - Foto Bernama
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Nenek dan cucu berdiri dalam air lebih lima jam
Seorang nenek dan cucunya berhadapan detik mencemaskan apabila rumah mereka berdekatan pekan Rantau Panjang dinaiki air banjir sehingga paras dada dan berdiri lima jam menunggu diselamatkan.