MACHANG: Seorang nenek dan cucu perempuannya maut apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandu oleh anak lelaki warga emas itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 42 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata dalam insiden pada 5.10 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Che Hasnah Jusoh, 67, dan Nurin Damia Mohd Nizam, 14 manakala Muhammad Asyraf Abdul Manap, 26, cedera di bahagian kaki.
"Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Kampung Bunut Tok Mak Teh Labok, Machang dan apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh Muhammad Asyraf dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata susulan kemalangan itu, kereta dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk manakala kedua-dua penumpang berjaya dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang.
"Nurin Damia mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Che Hasnah meninggal dunia pada 8.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Machang.
"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Kereta yang dipandu oleh Muhammad Asyraf dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan. - Gambar hiasan
Dua rentung, seorang masih hilang dalam kejadian rumah terbakar di Tongkang Yard
Sebuah rumah kelas A atau jenis kekal di Tongkang Yard, Alor Setar terbakar menyebabkan dua mangsa rentung.
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House
Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan AS.
Nenek dan cucu perempuan maut, kereta dipandu anak lelaki terbabas
Seorang nenek dan cucu perempuannya maut apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandu oleh anak lelaki warga emas itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Machang, Kelantan.