PENYANYI popular Indonesia, Cakra Khan dedah terlalu gementar dan tertekan sewaktu beraksi di pentas uji bakat America's Got Talent (AGT) 2023 yang disiarkan pada 18 Julai lalu.
Kata Cakra, 31, disebabkan tekanan membuat persembahan itu dia yang membawakan lagu Make It Rain yang dipopularkan Ed Sheeran dan No Woman, No Cry nyanyian asal Bob Marley berkelakuan agak berbeza.
"Sebenarnya saya sangat gementar. Berada di pentas AGT 2023 saya pastinya 'nervous', sama juga jika buat persembahan di Indonesia.
"Tetapi jika di Indonesia, ada teman-teman di belakang pentas. Namun di sana, saya sendirian dan yang berada di belakang pentas semuanya saya tak kenal.
"Justeru, ia menjadi suatu tekanan sangat luar biasa. Ketika menyanyi, saya pegang mikrofon dengan kedua-dua tangan dan rapatkan ke dada," katanya kepada Astro Gempak.
Cakra berkongsi perkara berkenaan pada sidang media konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur secara virtual, pada Isnin.
Cakra memukau juri yang paling digeruni, Simon Cowell yang kagum dengan bakat luar biasanya, sehingga memperoleh 'yes' daripadanya dan semua barisan juri.
Berdepan dengan Simon buat kali pertama, Cakra memberitahu dia hanya mahu beri yang terbaik dalam persembahannya dan selebihnya terpulang kepada juri itu untuk menilai.
"Ketika itu, saya sebetulnya selepas menyanyi, tidak fikir apa. Sebab apa yang penting, saya dapat habiskan lagu.
"Lagu pertama tidak dapat habiskan kerana Simon tidak suka. Bila diberi peluang lagu kedua, saya tidak fikir komen, tetapi apa yang penting saya dapat selesaikan dengan sebaik mungkin.
"Yang penting semuanya beres, jadi buat saya lega," katanya.
Sementara itu, berkongsi mengenai persiapannya menjelang konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September depan, Cakra memberitahu sedang menjalani latihan secukupnya.
"Sekarang ini, saya masih menjalani latihan kerana saya orangnya mahu ingin memberikan maksimum yang boleh. Saya juga berlatih menyanyi hampir setiap hari.
"Bagaimana pun sebagai penyanyi, berehat sangat penting, jadi saya perlu rehat secukupnya dan jaga kesihatan.
"Saya sudah fikir lagu apa yang mahu bawakan, jadi tunggu saya kongsi berita apabila berangkat ke sana," ujarnya.
Konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur - Dream Festival Collaboration Volume 4 turut menampilkan artis undangan iaitu Riri Moeya dan Nadeera Zaini.
Tiket menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol 4 - Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM178, RM198, RM318, RM508 dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) boleh diperoleh dengan melayari www.ticket2u.com sejak 15 Julai lalu. -Gempak
Gempak
Wed Aug 16 2023
Berdepan dengan Simon buat kali pertama, Cakra memberitahu dia hanya mahu beri yang terbaik dalam persembahannya dan selebihnya terpulang kepada juri itu untuk menilai. -Gempak
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
Aura Cakra Khan memukau penonton di konsert 'Live' KL
Walaupun beraksi selama tiga jam, Cakra Khan mendendangkan lagu-lagu balada yang membuai perasaan dengan suara serak basahnya.
AGT 2023: Impian Cakra Khan lebur
Impian penyanyi Cakra Khan ke peringkat seterusnya di America's Got Talent 2023 (AGT 2023) nampaknya tidak kesampaian.
'Nervous sekali!' - Beraksi di Asia Got Talent 2023, Cakra Khan tak hirau komen Simon Cowell
Berdepan dengan Simon buat kali pertama, Cakra memberitahu dia hanya mahu beri yang terbaik dalam persembahannya dan selebihnya terpulang kepada juri itu untuk menilai.
Simon Cowell suka suara Cakra Khan, tapi hentikan nyanyiannya di AGT
Cowell menghentikan persembahan Cakra Khan saat dia membawa lagu Make It Rain, milik Foy Vance pada 2009.
Ibu datang ke konsert besar pertama, momen paling berharga buat Cakra Khan
Penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Bayangan ini, dia cuba menahan emosi sepanjang konsert berlangsung apabila melihat sosok ibunya hadir ke konsert besar pertamanya tanpa arwah ayahnya.
'Bila saya patah balik, ayah dah meninggal dunia' - Cakra Khan
Cakra Khan sempat menjaga arwah ayahnya, Hermana yang dirawat di ICU sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat sakit strok.
Beli tiket konsert Rossa tapi...
Peminat tak senang duduk dengan kemunculan Cakra Khan dan Datuk Amy Search yang hadir di konsert Rossa 25 Shining Years.
Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan
Sebut sahaja mengenai Big Stage, sudah pasti anda akan ingat dengan frasa Budak Baru Nak Up atau BBNU.
"Lirik lagu adalah doa, itu prinsip saya" - Cakra Khan akan berhenti menyanyikan lagu sedih
Apapun jenis lagu suara tetap best!