SHAH ALAM: Nestle Malaysia Bhd hari ini melancarkan Stesen Transit Kuarantin Nestle di Hotel Pegasus di sini bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan dalam mengendalikan kontak rapat pesakit yang memerlukan kuarantin kendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia Juan Aranols berkata kos stesen transit itu akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengeluar makanan dan minuman itu yang akan memberi tumpuan kepada golongan B40 dan golongan berpendapatan rendah yang tidak berupaya atau tidak mempunyai kemudahan sesuai untuk menjalani kuarantin di rumah.
"Stesen itu akan menyediakan penginapan percuma serta makanan yang enak dan berkhasiat disediakan oleh Chef Maggi kami. Semestinya, prosedur operasi standard (SOP) akan dipatuhi setiap masa," katanya kepada pemberita pada pelancaran stesen transit kuarantin itu di sini hari ini.
Beliau berkata, stesen itu memulakan operasinya hari ini dan akan dibuka selama dua bulan dan Nestle akan sentiasa memantau dan menilai keperluan untuk melanjutkan tempoh operasi dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang turut hadir pada pelancaran itu berkata kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama swasta dan awam dalam usaha menangani jangkitan COVID-19 di Selangor.
"Ini adalah kerjasama yang pertama terjalin antara kerajaan negeri Selangor dengan pihak swasta bagi membuka pusat transit kuarantin COVID-19 di negeri ini," katanya.
Beliau berkata Stesen Transit Kuarantin Nestle akan menumpukan perkhidmatannya kepada kontak rapat pesakit COVID-19 yang berada di kawasan tengah dan utara negeri itu manakala satu lagi pusat transit di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) akan memberi tumpuan kepada mereka yang berada di bahagian selatan.
"Mereka akan ditempatkan di pusat transit tersebut dan sekiranya didapati positif barulah akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang atau ke hospital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021
![Nestle buka stesen transit kuarantin COVID-19 Nestle buka stesen transit kuarantin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614834495_nestlekuarantin.jpg)
Stesen itu memulakan operasinya hari ini dan akan dibuka selama dua bulan dan Nestle akan sentiasa memantau dan menilai keperluan untuk melanjutkan tempoh operasi dari semasa ke semasa. - Bernama
Malaysia-Turkiye sasar lonjakan perdagangan melebihi AS$5 hingga AS$10 bilion – PM Anwar
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mencadangkan penambahan nilai perdagangan dan pelaburan melebihi AS$5 ke AS$10 bilion.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
AWANI Ringkas: Pemulihan aset 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739256133_SPRM.jpg)
SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.
![Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739252440_pemilikmanchesteru.jpg)
Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.
![Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739255332_memukulanak.jpg)
Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan
Perintah reman bermula hari ini terhadap wanita berumur 37 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.
![Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738460992_HerryImanPierngadi.jpg)
Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.
![Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253287_Thaipusam.jpg)
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
![Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57 Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253674_KualaLumpur.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
![Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250918_tbGazaCity.jpg)
Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza
Seorang pegawai Palestin memberi amaran pada Isnin bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pertukaran tahanan berisiko terjejas, lapor Anadolu Ajansi.
![Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739251963_TBBADMINTON.jpg)
Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.
![Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701853503_TBNestleMalaysia.jpg)
Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir
Nestle komited untuk menyokong sekali gus menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program terutama kepada mereka yang terkesan akibat banjir.
![Milo Hi-Fibre inovasi baharu, penuhi keperluan nutrisi Milo Hi-Fibre inovasi baharu, penuhi keperluan nutrisi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660791571_Milo.jpg)
Milo Hi-Fibre inovasi baharu, penuhi keperluan nutrisi
Nestle Malaysia Berhad lancar produk baharunya, Milo Hi-Fibre, sejajar usaha menyokong gaya hidup sihat dengan gaya hidup aktif.
![Nestle Malaysia nafi tarik balik produk makanan bayi Nestle Malaysia nafi tarik balik produk makanan bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71471252078_Nestle.jpg)
Nestle Malaysia nafi tarik balik produk makanan bayi
Syarikat Nestle Malaysia menafikan mengenai berita mengenai penarikan balik produk makanan bayinya yang sedang viral di media sosial.
![Nestle mulakan 2016 dengan prestasi cemerlang Nestle mulakan 2016 dengan prestasi cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461667635_NestleLogo.jpg)
Nestle mulakan 2016 dengan prestasi cemerlang
Nestle Malaysia Berhad memulakan tahun kewangannya dengan mencatatkan hasil lebih tinggi berjumlah RM1.3 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2016.
![Tanam semula pelihara alam sekitar Tanam semula pelihara alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71365324019_295x200.jpg)
Tanam semula pelihara alam sekitar
Nestle Malaysia meneruskan usaha pemeliharaan alam sekitar melalui aktiviti penanaman 100 batang pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).