ASTRO Originals bakal menampilkan sebuah drama siri premium yang mengisahkan misteri pelajar sekolah yang diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu, iaitu, Histeria The Series.
Drama siri premium ini merupakan kesinambungan daripada filem seram pecah panggung tahun 2008, Histeria lakonan Liyana Jasymay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin, Ady Putra dan diarahkan oleh pemenang Best Asean Feature Award di Bangkok International Film, James Lee.
Lebih menarik, Histeria The Series mengembalikan pengarah asal filemnya untuk mengarahkan siri premium ini. Pengarah James Lee amat terkenal dengan sentuhan karya-karya bergenre seram seperti filem Tolong Awek Aku Pontianak, Sini Ada Hantu, Claypot Curry Killers, dan Two Sisters.
Bagi kesemua lapan episod Histeria The Series, memperlihatkan James Lee mempertaruhkan kreativitinya dengan gaya pengarahan beridentiti serta suntingan segar yang mampu menghasilkan kesan dramatik yang lebih berkualiti dan realistik dalam mengetengahkan elemen seram yang lebih ‘gore’ dan berani.
Kelainan drama premium kali ini adalah ia mengangkat isu yang semamangnya berlaku dalam kalangan masyarakat kita dari dahulu sehingga sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli dan gangguan seksual di sekolah.
Histeria The Series bakal menemui penonton bermula 6 Jun ini setiap hari Isnin, jam 9 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand.
Terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Gold ini juga menyaksikan jenama Astro Originals meletakkan kepercayaan kepada pelakon-pelakon muda berbakat besar sebagai teraju utama seperti Mia Sara Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Tambah menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filemnya iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon hebat tanah air, Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Terdahulu, Astro Originals telah menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre, nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar seperti diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang sememangnya berlaku dalam kalangan penonton seperti Kampong Pisang Bersiri-Siri (francais filem komedi nombor 1 negara), Projek: Anchor SPM (memperkenalkan genre coming of age), I-Tanggang (mengetengahkan isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), Dukun Diva (angkat kisah female con artist dan antiheroes), serta Kuasa (kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan).
Mewakili Astro, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan Astro terus fokus dalam memperkukuhkan jenama Astro Originals dengan mempersembahkan konten terbaik berkualiti filem yang boleh dinikmati oleh masyarakat Malaysia meliputi semua latar dan sekali gus mengangkat mutu drama siri tempatan setanding drama siri luar negara.
“Kelainan dan daya tarikan drama siri premium di bawah jenama Astro Originals adalah kualiti produksi serta jalan ceritanya yang boleh dinikmati oleh masyarakat Malaysia.
“Kali ini menerusi Histeria The Series menyaksikan Astro Originals tampil pertama kali dengan mengangkat genre misteri seram dengan isu-isu yang hangat diperkatakan dalam masyarakat sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli serta di padatkan dengan adegan-adegan yang lebih berani,” ujarnya.
Filem Histeria merupakan salah satu IP (Intellectual Property) di bawah Astro Shaw, dan jalan ceritanya dirasakan masih relevan sehingga kini.
Meskipun ia adalah kesinambungan daripada filem terdahulu, namun jalan cerita bagi siri itu mempersembahkan naratif baru dengan konflik yang dekat dengan masyarakat dan mudah untuk difahami.
“Sementara itu, melalui karya ini juga memperlihatkan Astro Shaw bekerjasama buat pertama kali dengan Infinitus Gold untuk menghasilkan drama siri premium. Kerjasama baik melalui projek terdahulu seperti filem Hantu Kak Limah dan Sangkar telah membuka ruang untuk kedua-dua pihak meluaskan kreativiti di platform televisyen pula.
“Kami berhasrat agar Histeria The Series bukan sahaja memberikan nilai hiburan kepada penonton, malah ia dapat membuka mata lebih ramai pihak mengenai isu-isu dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru yang mampu menjadi pengajaran,” tambah Raja Jastina.
Menurut Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai, pihaknya amat berbesar hati berpeluang untuk sekali lagi bekerjasama dengan penerbit Astro Shaw dan kali ini menghasilkan drama siri premium.
“Saya secara peribadi pernah terlibat dalam penghasilan filem Histeria tahun 2008, jadi karya tersebut amat di hati saya. Bagi Histeria The Series, kami tampilkan suntingan yang lebih teliti dan ‘grand’.
“Kami harap kehadiran karya ini dapat menyumbang nilai hiburan yang baik serta memartabatkan lagi kualiti drama siri Malaysia,” ujarnya.
Histeria The Series mengisahkan tentang pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka. Satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku.
Episod pertama akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9 malam, 6 Jun ini.
Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.
Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Astro Awani
Wed Jun 01 2022
Histeria The Series mengisahkan tentang pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu. - Astro
Festival Musim Bunga: Wuhan antara lokasi sambutan
Sebagai bandar persimpangan utama di tengah China, gala itu mempamerkan daya tarikan Wuhan dengan pemandangan kehidupan malam yang sibuk dan meriah di sepanjang Sungai Yangtze.
Deepseek, AI dari China, kejutkan industri teknologi global, pemain utama
Kejayaan DeepSeek mencetuskan perbincangan dalam industri teknologi kerana ia beroperasi dengan hanya sebahagian kecil daripada sumber yang digunakan pesaingnya.
India umum kejayaan pelancaran satelit navigasi ke orbit
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berkata kenderaan pelancar satelit geosegerak (GSLV) yang membawa satelit navigasi NVS-02 berlepas pada 6.23 pagi waktu tempatan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota.
Empat penumpang pesawat Air Busan alami kecederaan
Empat penumpang dilaporkan cedera selepas ekor pesawat Air Busan dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan, pada Selasa.
Pihak berkuasa India tingkat kawalan keselamatan
Tiada pengumuman rasmi mengenai kematian daripada kerajaan tempatan, lebih daripada dua belas jam selepas rempuhan itu.
Rakyat Syria Mulai Pulang Biarpun Kos Tinggi
Lebih 200,000 pelarian Syria kini mulai pulang ke rumah mereka setelah bertahun-tahun berlindung di kem pelarian.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Tourism Malaysia memulakan pelbagai usaha bagi mempromosikan negeri di wilayah utara khususnya Pulau Pinang bersempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Pembangunan sejagat: Integrasikan pembangunan ekonomi dan manusiawi
Penilaian terhadap sesebuah negara bukan saja terletak pada kemajuan ekonomi tetapi juga falsafah, jati diri dan ketamadunan.
Malaysia, Thailand teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.
Jawatankuasa penyelarasan bantu bangun Gaza akan dibentuk
Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha permulaan membantu membangunkan semula Gaza.
Histeria: Pelajar asrama SMK Batu Kikir, Jempol dibenarkan pulang sementara waktu
Kesemua 165 pelajar asrama SMK Batu Kikir (Model Khas), Jempol dibenarkan pulang sementara waktu susulan kejadian histeria di sekolah berkenaan.
Ngeri dan misteri... 'Histeria The Series' angkat isu sosial di sekolah
Astro Originals tampilkan kesinambungan filem box office 2008, Histeria, yang lebih berani, gore dan mengujakan.
Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit anak sulung daripada tiga beradik itu termasuk membawanya ke hospital dan berubat secara tradisional.
Penonton Munafik 2 terkena histeria bila ustaz Azhar baca ayat Ruqyah?
Filem sekuel, Munafik 2 yang mencetuskan fenomena dengan sambutan luar biasa daripada penonton terus mencuri tumpuan apabila dikatakan ada dalam kalangan penonton yang terkena 'histeria'.
Histeria menyerang SMK Ketereh, puluhan pelajar jadi mangsa
Histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh kembali menyerang buat kali ketiga dengan 30 pelajar pula menjadi mangsa.
Histeria: Lelaki diikat sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar
Mangsa dikatakan berada dalam parit sambil meronta-ronta di Jalan Stesen Kampung Kuala Sawah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak bomba.
Histeria berkait rapat dengan kebersihan diri
Histeria adalah berkait rapat dengan penjagaan kebersihan diri, dan jika ia diabaikan, mahkluk halus akan mudah mendekati mangsa.
PPD diberi kuasa tangani kes histeria - Mahdzir
Pihak sekolah juga dibenar mencari penyelesaian terbaik termasuk dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.
Sekolah histeria: Pengamal perubatan Islam bantu halau makhluk halus
Beberapa pengamal perubatan Islam dan dukun sudah memulai sesi menghalau makhluk halus di sekolah berkenaan.
Takutkan anak dengan makhlus halus penyebab histeria - Mufti Kelantan
Sikap menakut-nakutkan anak dengan makhluk halus merupakan antara penyebab berlaku histeria, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.