KOTA KINABALU: Badan korporat dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) perlu berganding bahu membantu kerajaan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran di Sabah.
Membuat saranan itu, Pengerusi Tetap Majlis Belia Sabah Mazlan Manan berkata antara kerjasama yang boleh dilakukan ialah mengadakan lebih banyak program bimbingan untuk meningkatkan kemahiran kepada anak-anak muda serta kursus keusahawanan yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.
"Sabah memiliki banyak sumber bahan mentah selain alam semula jadi yang boleh diterokai sekali gus membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan mampu diwujudkan untuk membantu merungkai masalah pengangguran ini," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar pada Isnin lepas bahawa Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu 169,800 orang atau 29 peratus daripada 588,700 jumlah penganggur di seluruh negara.
Mazlan berkata isu pengangguran di Sabah bukanlah perkara baharu, malah ia sudah menjadi antara isu utama kepada golongan belia di negeri itu sehingga terpaksa berhijrah ke Semenanjung untuk mendapatkan pekerjaan akibat kekurangan peluang pekerjaan di Negeri di Bawah Bayu itu.
Katanya, antara faktor berlakunya situasi itu adalah apabila kadar pembangunan di Sabah tidak seimbang dengan negeri-negeri lain yang menjadikan peluang pekerjaan itu lebih terbuka di negeri lain terutamanya di Semenanjung.
"Pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan ekonomi kerajaan Persekutuan sebelum ini juga lebih tertumpu di Semenanjung membuatkan persekitaran ekonomi dan peluang pekerjaan itu lebih terbuka di sana," katanya dan menambah ketika ini, kerajaan negeri sedang berusaha menarik pelabur asing untuk datang ke Sabah.
Bagaimanapun katanya, dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan, masih terdapat kekangan untuk menarik pelabur asing ke Sabah akibat kemudahan infrastruktur seperti jaringan jalan raya, air dan bekalan elektrik yang tidak memuaskan.
Justeru, kerajaan Persekutuan dan negeri diharap memberi lebih tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur dan membantu menarik pelabur untuk mencipta peluang pekerjaan dan perniagaan di Sabah, katanya.
Sementara itu, seorang pekerja swasta Loqman Said, 27, berkongsi pengalamannya yang pernah menganggur selama beberapa tahun selepas tamat pengajian dan memohon kerja di syarikat-syarikat tempatan, namun tidak berjaya sehingga akhirnya mendapat tawaran kerja di Semenanjung.
Beliau berkata jika dilihat menerusi laman web pasaran pekerjaan seperti JobStreet, tidak banyak syarikat tempatan di Sabah menawarkan pekerjaan berbanding syarikat di Semenanjung.
"Masalahnya bukan semua mahu bekerja di luar Sabah contohnya berhijrah ke Semenanjung kerana jauh daripada keluarga selain kos taraf hidup pun tinggi, jadi itu mungkin satu daripada punca kadar pengangguran tinggi di Sabah," katanya.
Penghantar makanan Mohd Imaduddin Mohd Zaman, 24, berkata isu belia memilih pekerjaan bukan sebab utama kadar pengangguran yang tinggi di Sabah, sebaliknya kekurangan peluang pekerjaan untuk diisi penduduk di negeri ini.
"Saya berasal daripada keluarga kurang berada jadi tiada masalah kerja berat tetapi kerja tiada di sini, Semenanjung ada tetapi sukar ke sana kerana menjaga ibu bapa sudah tua. Inilah dilema selalu dihadapi anak muda Sabah, berpelajaran tetapi peluang itu kurang," katanya.
Beliau berkata bergantung kepada tenaga kerja asing kerana kos rendah tanpa mengguna pakai tenaga kerja tempatan yang mempunyai kemahiran dan pendidikan lebih tinggi akan memberi kesan kepada usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup penduduk Sabah terutama mereka yang berstatus miskin.
Sementara itu, Sofea Ami, 29, antara yang bergelut untuk mencari pekerjaan sehingga akhirnya berniaga sendiri secara dalam talian pula berpendapat kebanyakan syarikat lebih banyak bergantung kepada tenaga kerja asing untuk mengurangkan kos menyebabkan peluang anak tempatan terhad.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
![NGO, badan korporat bantu kerajaan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah NGO, badan korporat bantu kerajaan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692826151_KorporatCorporateNGO.jpg)
Mazlan berkata isu pengangguran di Sabah bukanlah perkara baharu, malah ia sudah menjadi antara isu utama kepada golongan belia di negeri itu sehingga terpaksa berhijrah ke Semenanjung. - Gambar hiasan
![Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
![Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738917216_PempengaruhMintaM.jpg)
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738917078_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
![Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738903789_TBSaidatulZakirah.jpg)
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
Kekurangan tenaga kerja halang inovasi AI sektor kesihatan
Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengadaptasi teknologi AI dan digital dalam sektor kesihatan awam akibat kekurangan tenaga kerja mahir. Dengan lebih 8,000 kekosongan jururawat dan ribuan jawatan doktor belum diisi, pakar menegaskan keutamaan kini adalah memastikan tenaga kerja mencukupi bagi mengoptimumkan sistem kesihatan digital negara.
![Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.
[TERKINI] JAKIM boleh beri nasihat tapi tidak bersifat dasar
Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
AWANI Ringkas: Jenayah penipuan pelaburan catat kerugian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![NGO, badan korporat bantu kerajaan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah NGO, badan korporat bantu kerajaan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692826151_KorporatCorporateNGO.jpg)
NGO, badan korporat bantu kerajaan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah
Antara yang boleh dilakukan ialah program bimbingan meningkatkan kemahiran dan kursus keusahawanan yang sesuai dengan kehendak pasaran.