Tiga persatuan media hari ini mengutuk tindakan pihak polis yang menahan lima anggota pengamal media atas laporan yang disiarkan dalam portal berita, The Malaysian Insider (TMI) bertajuk "Council of Rulers opposes amendments needed to enforce hudud ".
Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) berpendapat walaupun pihak polis mempunyai hak untuk menyiasat sesiapa sahaja susulan aduan yang diterima, Akta Hasutan 1948 pada pandangan NUJ telah disalah guna ke atas ketiga-tiga pengarang berita yang terbabit.
“Pengarang-pengarang itu sekadar menjalankan tugas mereka sebagai wartawan. Tindakan ini tidak selari dengan jaminan kerajaan yang membenarkan media Malaysia untuk beroperasi secara bebas dan tanpa pihak media perlu berasa bimbang akan ditahan.
"NUJ percaya semua wartawan mempunyai hak untuk berkongsi pandangan tentang sesuatu kes untuk kepentingan awam, demi menyampaikan pendapat awam dan wartawan yang melaporkan perlu bertindak bukan atas pandangan mereka sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru NUJ menggesa agar editor TMI Lionel Morais, editor seksyen Bahasa Melayu, Amin Shah Iskandar, editor rencana dan editor analisis Zulkifli Sulong, Ketua Pegawai Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan Penerbit Edge Ho Kay Tat dibebaskan.
BACA: KETUA EKSEKUTIF TMI DAN PENERBIT EDGE DITANGKAP KERANA MENGHASUT
Institut Wartawan Malaysia (IoJ) berkata jika laporan itu tidak tepat, sepatutnya Majlis Raja-Raja boleh menggesa untuk kenyataan itu dibetulkan dan TMI perlu membuat permohonan maaf atau menarik balik artikel tersebut.
Penahanan dan reman untuk menyiasat wartawan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah tidak selari dengan kandungan dan nada laporan itu, dan ia dilihat sebagai penggunaan undang-undang dengan sewenang-wenangnya.
"IoJ sedar laporan itu tidak melihatkan sama ada TMI mendapatkan pengesahan daripada Majlis Raja-Raja. Ketelitian dalam kewartawanan diperlukan supaya tiada ketidakseimbangan dalam melaporkan kepada orang awam.
"Tetapi IoJ memahami bahawa tindakan TMI itu menunjukkan mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan."
Bagi Kelab Koresponden Luar Negara Malaysia (FCCM), mereka sedar peranan polis untuk melakukan siasatan sekiranya terdapat situasi yang menimbulkan keraguan undang-undang.
"Kami sama sekali tidak dapat menjamin kebenaran artikel itu dan mengalu-alukan semua pihak yang berkepentingan untuk memastikan wartawan mempraktikkan standard etika yang baik.
"Walau bagaimanapun, jika pihak berkuasa telah mengambil tindakan ke atas mereka kerana laporan yang 'tidak baik' dan bukan atas dakwaan hasutan, maka adalah mencukupi untuk memanggil semua saksi dan suspek untuk merekodkan kenyataan mereka. Tidak ada alasan yang mencukupi untuk menangkap dan menahan mereka begitu sahaja," kata FCCM dalam satu kenyataan.
BACA:PERMOHONAN REMAN TIGA PENGARANG TMI DITOLAK
Portal berkenaan dalam satu laporan pada Khamis lepas mendakwa Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 11 Mac menolak cadangan meminda akta dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud.
Namun pada hari yang sama, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan segera mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Kelantan melibatkan Majlis Raja-Raja.
Beliau telah berkata soal berkaitan pindaan itu hanya tertakluk di bawah bidang kuasa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama negeri.
Ekoran itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas laporan portal terbabit.
Sathesh Raj
Tue Mar 31 2015

(dari kiri) Amin Shah, Zulkifli dan Morais yang dijangka akan dibebaskan hari ini
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Biar Najib ketawa sebelum masuk penjara - SUA Mohamad Sabu
Najib kini berdepan dengan banyak kes mahkamah berkait skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hampir 10 tahun jadi PM, Najib masih tak faham proses jual beli - SUA
Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urus niaga itu tidak jadi atau terbatal.

Peguam Mat Sabu akan hantar notis undang-undang kepada KJ
Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata peguam Mohamad akan menghantar notis undang-undang kepada Khairy dalam jangkamasa terdekat.

Pengarang TMI dilayan secara profesional ketika dalam tahanan - Peguam
Tiga pengarang editor The Malaysian Insider dilayan secara profesional dan memuaskan ketika dalam tahanan.

NGO bidas tindakan polis tahan pengarang berita
Tiga persatuan media hari ini mengutuk tindakan pihak polis yang menahan pengarang, penerbit The Malaysian Insider.