KUALA LUMPUR:Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat turun padang mengagihkan bantuan barangan keperluan di Sabah, diminta mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu perlu bagi memastikan kawasan yang perlu diberi bantuan tersebut selamat, sekali gus mengelakkan mereka daripada dijangkiti COVID-19.
"Banyak kawasan di Sabah yang mana hampir keseluruhannya telah menjadi Zon Merah dan kita tidak tahu di mana dan siapa yang menjadi pembawa (COVID-19).
"NGO-NGO ini perlu jumpa KKM untuk dapatkan nasihat berhubung situasi kawasan berkenaan selain mereka dapat pastikan kawasan tersebut benar-benar selamat untuk mereka mengedarkan bantuan berkenaan, " katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, semalam.
Beliau berkata selain itu pihak NGO juga disaran bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah supaya urusan pengagihan barangan bantuan berkenaan lebih sistematik dan tersusun.
Katanya, menerusi kerjasama itu agihan bantuan turut dapat diselaraskan mengikut kawasan dan keperluan penduduk di Sabah.
"Kita tidak mahu nanti ada kawasan yang dapat (barangan) lebih, ada kawasan yang dapat kurang.
"Apabila NGO jumpa dengan jawatankuasa negeri, agihan ini boleh diselaraskan dengan sempurna, " katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata pelajar yang perlu ke luar negara bagi menyambung pengajian termasuk mendaftar sebagai pelajar baharu, dibenarkan berbuat demikian.
Bagaimanapun katanya, mereka perlu mengemukakan bukti seperti surat tawaran, surat menyambung pengajian dan jadual belajar daripada universiti masing-masing kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
"Ibu bapa yang mahu menghantar dan menemani anak-anak mereka ke luar negara terutamanya bagi pelajar baharu juga dibenarkan dengan had dua orang sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 28 2020

NGO juga disaran bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah supaya urusan pengagihan barangan bantuan lebih sistematik dan tersusun. - Gambar hiasan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

NGO Malaysia sambut Hari Peringatan Genosid
Acara kemuncak GMD 2024 ialah ucaptama yang disampaikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar, bertajuk "Never Again - Genocide in Gaza Repeating History".

Pihak berkuasa Perak digesa pulihara dua geotapak Kinta
Dua geotapak di dalam Geopark Kebangsaan Lembah Kinta, Gunung Kanthan dan Taman Eko Rimba Hulu Kinta berdepan risiko pemusnahan.

NGO tidak dibenarkan masuk kawasan TEMCO - MB Kedah
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO) di negeri ini.

e-sistem untuk NGO mohon dana diaktifkan semula sebulan lepas - EXCO Perak
Kerajaan negeri Perak menerima sebanyak 200 permohonan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang ingin mendapatkan dana menerusi e-sistem yang telah diaktifkan semula sebulan lepas.

Pengerusi My_CrimeWatch hadapi dua pertuduhan mahkamah berkaitan komunikasi palsu
Sanjeevan, 36, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaluddin.

COVID-19: Lantik NGO berdaftar elak pertindihan kerja, maklumat - Aktivis masyarakat
Langkah itu juga bagi memastikan keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi semua pihak termasuk NGO.

10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun berkait tabiat merokok. Anda mahu jadi statistik?
Anda mungkin salah seorang daripada 10,000 rakyat Malaysia yang mati setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan secara langsung dengan tabiat merokok.

Tiga NGO sepakat dalam penguatkuasaan larangan merokok
Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat dalam penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.

AirAsia, (RED) dan 88Rising bekerjasama banteras AIDS
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, (RED) bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit AIDS di rantau ini.

Parti politik, NGO kaum India perlu berganding bahu - TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India untuk bersatu hati agar sokongan masyarakat itu kepada kerajaan dapat ditingkatkan.