Beliau berkata, penglibatan semua pihak dalam jawatankuasa itu adalah mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
"Kita sama-sama doakan agar hasrat yang disebut oleh Perdana Menteri supaya Malaysia memainkan peranan khususnya dalam konteks bersama-sama dengan kerajaan Jepun untuk membantu sahabat kita yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionis Israel berjaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Zikir Akbar MADANI sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025, di sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Mohd Na'im berkata, jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat pertama pada 6 Feb ini dengan gerak kerja akan dikelola oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Sirajuddin Suhaimee.
Antara pengisian program malam tadi termasuk Solat Hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk kesejahteraan Malaysia, dan Tausiyah Khas menyentuh nilai perpaduan dan kesejahteraan.
-- BERNAMA