Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya yang diserbu semalam disyaki menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata serbuan di pejabat badan bukan kerajaan (NGO) itu yang dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah menemui bukti dan merampas beberapa dokumen untuk siasatan lanjut.
"Polis sedang mengumpulkan maklumat dan setelah memperoleh maklumat yang mencukupi, kami akan menahan beberapa individu lagi dalam tempoh terdekat ini.
BACA: Polis serbu pejabat Empower di Petaling Jaya
Saya menasihatkan semua agar berhati-hati sekiranya berurusan dengan pihak luar kerana polis masih memantau beberapa NGO yang lain," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Motosikal Kawasaki KLX250 sumbangan Felda Global Ventures Holdings Berhad kepada Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.
Laman sesawang DC Leaks mendakwa Soros membiayai kumpulan pendesak dan badan bukan kerajaan dalam usahanya untuk mempengaruhi pilihan raya Malaysia.
Menyentuh mengenai pembebasan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah semalam, Khalid berkata: "Kami membebaskan Maria walaupun belum sampai 28 hari kerana perkara yang diperlukan untuk siasatan telah diselesaikan dan tiada sebab untuk menahan beliau dengan lebih lama lagi," katanya.
Beliau berkata polis telah mengambil keputusan bagi membebaskan Maria namun siasatan masih diteruskan sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.
Maria ditahan 18 Nov lepas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Katanya, polis juga sedang menyiasat Maria di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kesalahan yang telah dilakukan. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 29 2016

Laman sesawang DC Leaks mendakwa Soros membiayai kumpulan pendesak dan badan bukan kerajaan dalam usahanya untuk mempengaruhi pilihan raya Malaysia. - REUTERS/Luke MacGregor/File Photo
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.