Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini digesa menjelaskan status halal coklat jenama Daim dan Toblerone yang dilapor menimbulkan keraguan umat Islam.
Gesaan itu dibuat dua badan bukan kerajaan iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM).
Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay menegaskan Jakim perlu memberi keputusan sama ada coklat berkenaan halal atau tidak untuk dimakan orang Islam.
"Kita tidak mahu ada rasa was-was terhadap produk makanan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jakim sebelum ini mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf jabatan itu.
Bagaimanapun pada 26 Dis lepas, Mondelez International dalam kenyataannya berkata bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.
Syarikat pengeluar Daim dan Toblerone itu berkata walaupun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.
IRIMM dan MJMM turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap pengeluar coklat berkenaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2016

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini digesa menjelaskan status halal coklat jenama Daim dan Toblerone yang dilapor menimbulkan keraguan umat Islam. -Gambar fail

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

'Coklat' RM2 juta bukan untuk Lim - Peguam
Mahkamah Sesyen diberitahu wang berjumlah RM2 juta yang diberikan kod nama 'coklat' yang didakwa diberikan kepada Lim Guan Eng, sebenarnya dibayar kepada pihak lain.

Pengeluar coklat Barry Callebaut bekal produk Malaysia bernilai RM2 bilion ke 57 negara
Ia akan terus melabur untuk pengembangannya berdasarkan permintaan kukuh di sini dan di rantau ini.

Wabak Salmonella dalam produk coklat menular di 11 negara - WHO
Terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat "Kinder" keluaran Belgium.

7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan
Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan cara membiasakan anak-anak pilih buah-buahan dan tidak makan makanan yang tak sihat.

Godiva tutup operasi kesemua 128 cawangan di Amerika Utara
Jenama dari Turki itu mengumumkan terpaksa menutup operasi semua 128 kedainya, termasuk kafe dan butik, di seluruh Amerika Utara.

Sejarah dan fakta coklat yang mungkin anda tidak tahu
Thorntons telah membuat bar coklat terbesar di dunia dengan berat memecah rekod iaitu 5,792.5kg

Siti Hasmah agih coklat kepada petugas media
Beliau yang menuju ke Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri pada kira-kira 10 pagi berhenti di kawasan pintu masuk laluan Protokol dan menyapa kira-kira 30 petugas media di situ.

'Bayi mengeras, lepas tu diam' - Hanis Zalikha kongsi pengalaman bayi dalam kandungan tidak bergerak
Pelakon Hanis Zalikha berkongsi pengalaman bayi di dalam kandungannya tidak bergerak ketika menjalani ibadah puasa.

'Malaysia jadi model kepada negara Afrika'
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, pemimpin-pemimpin Afrika turut menzahirkan hasrat untuk mengembangkan ekonomi menerusi perdagangan serta pemasaran produk-produk mereka.

AirAsia mahu jual produk IAT tempatan dalam pesawat
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu meninjau pasaran baru bagi produk industri asas tani (IAT) tempatan.