KUALA LUMPUR:Semua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) perlu bebas pengaruh politik, tidak mengkritik kerajaan malah seharusnya memberi cadangan untuk menambah baik sebarang kekurangan demi masyarakat.
Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican berkata, mereka juga seharusnya mengelakkan daripada terlibat dengan ketegangan politik selain melakukan tugas di dalam skop masing-masing.
Jelasnya, paling penting kerajaan perlu membuat inisiatif untuk menarik anak muda menyertai NGO selain memberi tunjuk ajar strategi mendekati masyarakat.
"Sebagai NGO, kita kena bebas, tetapi kalau NGO ini sudah lari daripada landasannya dan membuat kerja-kerja yang menentang kerajaan, yang mengkritik kerajaan, ini satu dasar yang bertentangan.
"Sebagai NGO, perkara pertama kita kena buat, kita bukan menentang, mengkritik kerajaan membabi buta, adalah elok kita mencadang sesuatu benda yang baik untuk ditambah baik.
"Kalau sekiranya begini sikap NGO tertentu, ia telah mencemar nama baik NGO dan saya rasa pihak berkuasa tidak duduk diam dengan perkara begini, sebab menjadi asas penubuhan NGO, kita memberi khidmat kepada masyarak, untuk rakyat, bukan tiket menentang kerajaan ada individu lain. Kita ada undang-undang jadi patuhilah," katanya semasa dihubungi di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Mustapha menjelaskan, mana-mana NGO yang berasaskan kepada kaum perlu memberi layanan sama rata kepada golongan penerima bantuan.
Ujarnya, ia ramuan memastikan keharmonian antara kaum di negara ini terjamin.
"Saya menyarankan kepada semua pertubuhan NGO di negara kita, sama ada dia Cina, India atau lain-lain kaum, kita kena sama rata dari segi bantuan kemanusiaan, kebajikan, jangan memilih bulu.
"NGO ini perlu menjadi contoh kita tunjuk kepada negara kita, walau berbagai kaum boleh bersatu padu, NGO yang ditubuhkan perlu ada penglibatan semua kaum," ujarnya.
Mustapha sebelum ini dipilih sebagai penerima Anugerah Utama Semarak Cinta Rasul 1442H/2020M.
Mustapha yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu pernah menerima Anugerah Tokoh Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa daripada Perdana Menteri Kemboja dan Kerajaan Arab Saudi.
Pengiktirafan itu atas keprihatinan beliau dalam memberi bantuan kepada rakyat Kemboja, Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia dan Laos yang dilanda pandemik COVID-19.
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 12 2020
Mustapha menjelaskan, mana-mana NGO yang berasaskan kepada kaum perlu memberi layanan sama rata kepada golongan penerima bantuan. - Gambar fail/BERNAMA
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.
Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."
Malaysia kongsi kemajuan DRR pada APMCDRR di Manila - Ahmad Zahid
Malaysia telah berkongsi kemajuan dalam DRR dengan mengetengahkan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 pada APMCDRR di Manila, Filipina.
Malaysia disaran anjur persidangan untuk satukan pemimpin belia Islam perjuangkan isu Palestin
Persidangan itu mampu menjadi satu bentuk kerjasama penting, di samping memupuk kewujudan satu barisan hadapan bersepadu.
MAIM komited bantu golongan mualaf
Kerajaan negeri menerusi MAIM bersama pelbagai NGO Muslim sentiasa komited menjaga kebajikan golongan mualaf bagi memastikan mereka mendapat bimbingan sewajarnya.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.