SHAH ALAM: Badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor membantah usaha serta cadangan kerajaan negeri Selangor untuk merobohkan Stadium Shah Alam bagi membina stadium lebih kecil.
Pengerusi Sekretariat NGO Selangor, Datuk Nazilah Idris berkata, projek membina stadium baharu akan melibatkan kos tinggi dan terdapat khabar angin ia mencecah sehingga RM1.3 bilion.
Beliau berpandangan, adalah lebih baik dana itu disalurkan kepada kebajikan dan keselamatan rakyat termasuk mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam yang masih memerlukan bantuan daripada kerajaan negeri.
"Kes banjir di Sri Muda pun belum selesai lagi, banjir itu menyebabkan (melibatkan) mangsa yang terlalu ramai disebabkan kecuaian kerajaan negeri.
"Buat masa ini Stadium Shah Alam masih lagi utuh tidak perlu dirobohkan kerana kos roboh satu (perkara), kos hendak bina balik lagi satu (perkara).
"Saya dengar jumlahnya (mencecah) sehingga RM1.3 bilion yang melibatkan duit rakyat dan sepatutnya duit itu digunakan untuk menjaga kebajikan serta keselamatan rakyat," katanya.
Beliau ditemui bersama wakil beberapa NGO lain antaranya termasuk Pertubuhan KAMI Prihatin Selangor di hadapan Stadium Shah Alam pada Ahad.
Hadir sama, Naib Pengerusi NGO Selangor, Muhd Ali Zakaria dan Pengerusi Pertubuhan KAMI Prihatin Selangor, Datuk Ahmad Mua'adzam Shah Ya'akop.
Dalam pada itu, Nazilah berkata, NGO Selangor juga akan menghantar memorandum secara rasmi kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dijadualkan pada Isnin ini.
"Kita akan menyenaraikan beberapa cadangan daripada rakyat Selangor dan kami juga minta Menteri Besar datang dengan solusi lebih baik tanpa mengecewakan rakyat Selangor.
"Kalau perlu, rakyat Selangor sanggup untuk kutip duit bagi mempertahankan Stadium Shah Alam ini," katanya yang akan menghantar memorandum terbabit sekitar jam 10 pagi pada Isnin.
BACA: Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan
Pada Sabtu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak menafikan adanya cadangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam.
Bagaimanapun, Amirudin berkata, pihaknya akan menjelaskan secara terperinci mengenai cadangan pembangunan terbaharu stadium tersebut pada 16 Julai ini.
“Ia (meruntuhkan stadium) merupakan satu pilihan sejak dari awal lagi... Kita akan jelaskan kemungkinan pada 16 Julai bersempena hari pembukaan Stadium Shah Alam, sekarang masih pramatang tidak elok untuk saya huraikan sebab ia melibatkan perbincangan dengan banyak pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor pada Sabtu.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 03 2022

Nazilah (dua dari kiri) bersama Muhd Zakaria dan Ahmad Mua'adzam (kanan) ketika ditemui di hadapan Stadium Shah Alam pada Ahad. - Sinar Harian
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi
Buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam pekarangan Stadium Shah Alam.

Perobohan Stadium Shah Alam: Proses pasang dinding adang, rungkai struktur sedia ada hingga pertengahan 2025
Pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

MB Selangor tetap pertahan kos naik taraf stadium RM787 juta
Kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjumlah RM3.28 bilion didakwa masih belum diluluskan kerajaan negeri.

Stadium baharu Shah Alam lebih moden
Venue yang bakal menggantikan Stadium Shah Alam itu bukan sahaja akan tertumpu kepada bola sepak semata-mata, namun turut memberi fokus kepada aktiviti lain.

Sayang kalau nak roboh, bina baharu Stadium Shah Alam - Noh Omar
Stadium Shah Alam, yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri, tidak sepatutnya dirobohkan jika diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri.

Stadium Shah Alam gagal capai piawaian keselamatan
Tiga pemeriksaan telah dilakukan pihak MFL, masing-masing pada 10 Januari, 21 dan 28 Februari lalu.

Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat
Disebabkan jumlah kos mencecah RM250 juta, kerajaan negeri buat keputusan untuk tidak melaksanakan kerja-kerja membaik pulih secara sekali gus.

Rajagobal berang dengan persembahan anak buahnya
Pemain gagal mencipta peluang menjaringkan gol dan kekurangan kesungguhan pada separuh masa pertama.

'Main lebih daripada 100%' - Ultras Malaya mahu kemenangan untuk Malaysia
Bagi penyokong Ultras Malaya perlawanan malam ini adalah misi wajib menang bagi Malaysia untuk melayakan mereka ke Piala AFC B23 tahun 2020.

5,000 penyokong JDT banjiri Dataran MBJB
Dataran MBJB berubah wajah hari ini apabila dibanjiri kira-kira 5,000 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.