KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 November ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini menyajikan pelbagai pengisian menarik kepada para pengamal sumber manusia dan pengunjung.
Ketua Pegawai Operasi Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Datuk Ariff Farhan Doss berkata, persidangan dan pameran tersebut juga akan membincangkan evolusi dalam pembangunan sumber manusia serta hala tuju negara dalam pembangunan teknologi di tempat kerja.
“Setakat ini, lebih 2,300 peserta delegasi yang telah mendaftar dan lebih 30 pakar industri tempatan dan antarabangsa akan berkongsi pengetahuan dalam bidang masing-masing.
“Perkara yang akan dirungkaikan dalam persidangan ini adalah bertemakan ‘HR 5.0: The Next Evolution in Human Resource Development’ (Evolusi dalam Pembangunan Sumber Manusia), iaitu akan berbincang cara memanusiawikan teknologi supaya teknologi tidak menggantikan manusia di tempat kerja.
“Ini amat penting untuk memastikan negara tidak ketinggalan daripada arus perdana pembangunan teknologi dalam tempat kerja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Wisma HRD Corp di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Ariff menambah, pihaknya turut menampilkan kira-kira 300 pempamer daripada pelbagai industri dan agensi dengan jangkaan lebih 5,000 pelawat.
“Antara lain, pameran kerjaya oleh HRD Corp Placement Centre (HPC) dengan lebih 1,000 peluang pekerjaan dan temu bual terbuka oleh beberapa majikan terkemuka di Malaysia.
“Terdapat juga Career Coach dengan pengamal dan pakar untuk membantu pencari kerja dipadankan dengan pekerjaan yang bersesuaian mengikut profil mereka.
“Ini termasuk program dalam produk HRD Corp turut akan diperkenalkan seperti e-LATiH yang mana 600,000 rakyat Malaysia telah mendaftar untuk mengikuti kursus dalam talian, serta banyak lagi kursus akan ditawarkan pada 2023,” katanya.
Sementara itu, katanya, pihaknya turut menampilkan sesi insights melibatkan perkongsian tentang program, skim dan inisiatif HRD Corp termasuk kaunter bertemu pelanggan untuk membantu majikan dan penyedia latihan berdaftar.
“Selain itu, program Pocket Talk yang akan mengupas topik Evolusi Pembangunan Sumber Manusia oleh Penceramah Selebriti seperti Fahrin Ahmad, Atilia Harun dan Ally Iskandar,” ujarnya.
Sebelum ini, acara tahunan HRD Corp diadakan sejak 2001 itu dikenali sebagai HRDF Conference & Exhibition tidak dapat diadakan pada 2020 dan 2021 ekoran COVID-19.
Ehsan A Marisah
Mon Nov 28 2022
Antara selebriti tempatan yang bakal memeriahkan Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 November ini - Foto HRD Corp
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Melaka kesan cubaan sebar 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.
HRD Corp : NHCEE 2022 dapat sambutan, relevan keperluan pekerjaan semasa
Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) mendapat sambutan luar biasa.
HRD Corp lancar NHCCE 2022, jalin kerjasama dengan LinkedIn
HRD Corp meneruskan misi memperkasakan pengamal sumber manusia dalam bidang teknologi di tempat kerja melalui Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022.
NHCCE 2022: Saji pengisian menarik buat pengamal sumber manusia, pengunjung
Ia akan membincangkan evolusi dalam pembangunan sumber manusia serta hala tuju negara dalam pembangunan teknologi di tempat kerja.