JOHOR BAHRU: Nilai aset kerajaan Persekutuan setakat ini adalah melebihi RM1 trilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata angka itu adalah berdasarkan penilaian melibatkan aset tanah dan bangunan kerajaan yang dibuat Jabatan Akauntan Negara dan juga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi tempoh 10 tahun sejak 2013.
Ahmad berkata nilai aset kerajaan Persekutuan dijangka terus meningkat berikutan ia masih dalam proses pengiraan kerana aset-aset lain termasuk di luar negara belum dinilai.
"Pengiraan nilai aset tersebut melibatkan aset tanah dan bangunan kerajaan, ia tidak termasuk aset lain seperti loji dan jentera.
"Begitu juga aset luar negara yang masih belum dinilai. Kita menjangkakan ia akan terus meningkat dengan pertambahan RM30 bilion tahun ini," katanya pada sidang media selepas melawat pejabat JPPH Johor, di sini, hari ini.
Menurutnya, proses penilaian sentiasa berjalan bagi mengenal pasti jumlah keseluruhan nilai aset kerajaan Persekutuan yang diharapkan akan melebihi hutang negara yang mencecah RM1.5 trilion.
"Saya harap nilai aset kita lebih banyak daripada nilai hutang kita termasuk liabiliti yang mencecah RM1.5 trilion.
"Bagaimanapun, kita tidak dapat menjangkakan bila proses penilaian ini akan berakhir kerana ia masih disemak. Jadi penilaian harta setakat ini kita hanya boleh buat anggaran," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilapor sebagai berkata hutang negara termasuk liabiliti telah mencecah sebanyak RM1.5 trilion dan perlu ditangani dengan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023
Ahmad berkata nilai aset kerajaan Persekutuan dijangka terus meningkat berikutan ia masih dalam proses pengiraan kerana aset-aset lain termasuk di luar negara belum dinilai. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.
Siasatan kes kemalangan dua beradik maut di Ipoh masih berjalan - Polis
Polis sudah memperoleh bukti menerusi rakaman kamera papan pemuka berhubung insiden dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan MPV di Jalan Pasir Puteh.
CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.
#AWANIRingkas 27 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 27 Januari 2025
1️⃣ 13 anak bekas anggota GISBH belum dituntut ibu bapa
2️⃣ Kes Teoh Beng Hock
3️⃣ 10 wakil pesawah serah memorandum kepada PMO
#awaniringkas
1️⃣ 13 anak bekas anggota GISBH belum dituntut ibu bapa
2️⃣ Kes Teoh Beng Hock
3️⃣ 10 wakil pesawah serah memorandum kepada PMO
#awaniringkas
Kepengerusian ASEAN tingkat integrasi ekonomi, kukuh hab serantau - Tengku Zafrul
Malaysia berpeluang memperoleh manfaat yang besar daripada kedudukan semasanya sebagai hab rantaian pembuatan dan bekalan.
Malaysia catat 27.9 juta ancaman dalam talian pada 2024 - Kaspersky
Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.
Agenda AWANI: Wilayah Persekutuan kita
Diskusi mengenai cabaran dan potensi pembangunan infrastruktur, integrasi alam sekitar, kepelbagaian perekonomian serta wilayah yang inklusif bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
Pasukan keselamatan Thailand tumpaskan empat lelaki bersenjata di Yala
Empat lelaki bersenjata maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan tempatan di Kampung Charak Vakong, daerah Kerong Pinang, Wilayah Yala kira-kira 5.30 pagi tadi.
Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang semasa mahu mengambil selipar di Taman Kota Jaya, petang tadi.
[TERKINI] Prolintas beri penjelasan tuduhan rasuah dua individu
Dalam satu kenyataan Prolintas, menegaskan dua individu yang dituduh menerima rasuah oleh SPRM adalah yang terbabit dengan syarikat Turnpike Synergy Sdn Bhd.
Nilai aset kerajaan Persekutuan melebihi RM1 trilion setakat ini - Ahmad Maslan
Nilai aset kerajaan Persekutuan setakat ini adalah melebihi RM1 trilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.