KUALA LUMPUR: Nilai bantuan bina baharu Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) yang sebelum ini dikenali Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dinaikkan daripada RM56,000 kepada RM66,000 seunit bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM68,000 kepada RM79,000 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika mengumumkan kenaikan itu, berkata bantuan baik pulih pula dinaikkan pada kadar maksimum RM15,000 di Semenanjung manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dinaikkan ke kadar maksimum RM17,000.
Sebelum ini kadar baik pulih di Semenanjung adalah RM13,000 dan RM15,000 di Sabah, Sarawak serta Labuan.
"Kenaikan itu akan membantu pihak kontraktor menangani isu peningkatan kos bahan binaan yang menyebabkan mereka gagal menyiapkan projek kerana tiada margin keuntungan kerja yang dilaksanakan.
"Ia juga bagi mengekang kenaikan harga bahan binaan yang perlu ditanggung kontraktor terutama sejak Mei 2022 berdasarkan laporan indeks harga seunit bahan binaan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia," katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulan September 2022 kementerian itu di Wisma Felcra di sini hari ini.
Mahdzir berharap dengan menaikkan kadar bantuan itu, kontraktor PRKM boleh meneruskan projek mereka kerana margin keuntungan dijamin mencukupi dengan nilai baharu yang diluluskan itu.
Beliau berkata kenaikan nilai bantuan itu juga membolehkan kira-kira 13,000 unit rumah PRKM dilaksanakan di seluruh negara.
"Ia akan memberi manfaat kepada lebih 70,000 isi rumah di luar bandar yang akan menerima bantuan rumah itu," katanya.
Terdahulu pada majlis sama, Mahdzir menyampaikan replika kunci rumah PRKM yang siap dibina kepada 10 penerima bantuan perumahan itu.
Turut disampaikan, Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Anak Felcra 2021, Anugerah Peningkatan Produktiviti Estet Padi Musim 1/2022 dan Anugerah Khidmat Setia Felcra.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
![Nilai bantuan bina rumah PRKM dinaikkan - Mahdzir Nilai bantuan bina rumah PRKM dinaikkan - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662884077_MahdzirKhalid.jpg)
Mahdzir berkata, kenaikan itu akan membantu pihak kontraktor menangani isu peningkatan kos bahan binaan yang menyebabkan mereka gagal menyiapkan projek kerana tiada margin keuntungan kerja yang dilaksanakan. - Bernama
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![TikToker dikecam duduk rumah PPR tapi gaya hidup T20 TikToker dikecam duduk rumah PPR tapi gaya hidup T20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692664406_TBSyamimia.jpg)
TikToker dikecam duduk rumah PPR tapi gaya hidup T20
"Saya cari kerja untuk bayar semua hutang..." - Syamimia buka mulut tangkis salah faham masyarakat.
![Perak cadang bina empat projek PPR bantu sedia kediaman murah untuk rakyat Perak cadang bina empat projek PPR bantu sedia kediaman murah untuk rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671694381_NgShyChing.jpg)
Perak cadang bina empat projek PPR bantu sedia kediaman murah untuk rakyat
Sandrea Ng Shy Ching berkata setakat ini terdapat 16 PPR di seluruh negeri Perak dengan 2,876 unit rumah telah dibina.
![Marang, Arau antara lokasi projek PPR baharu pada 2023 Marang, Arau antara lokasi projek PPR baharu pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598334183_ProjekPerumahanRak.jpg)
Marang, Arau antara lokasi projek PPR baharu pada 2023
Kerajaan memperuntukkan RM367 juta bagi pelaksanaan beberapa projek Program Perumahan Rakyat (PPR) pada tahun hadapan.
![Nilai bantuan bina rumah PRKM dinaikkan - Mahdzir Nilai bantuan bina rumah PRKM dinaikkan - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662884077_MahdzirKhalid.jpg)
Nilai bantuan bina rumah PRKM dinaikkan - Mahdzir
Kenaikan itu akan membantu pihak kontraktor menangani isu peningkatan kos bahan binaan yang menyebabkan mereka gagal menyiapkan projek.
![Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590219808_gaduh.jpg)
Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar
Bermula dengan 10 lelaki yang bergaduh sesama ahli keluarga, melarat kepada 10 lelaki lain yang cuba meleraikan pergaduhan.
![KPKT cadang tubuh perbadanan khas urus, selenggara PPR KPKT cadang tubuh perbadanan khas urus, selenggara PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536850042_TBPPRxjpg.jpg)
KPKT cadang tubuh perbadanan khas urus, selenggara PPR
Penubuhan 3P merupakan salah satu pelan tindakan di bawah Dasar Perumahan Negara (2018-2025).
![Cuaca panas buatkan ular merayap cari tempat berteduh Cuaca panas buatkan ular merayap cari tempat berteduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444187867_python.jpg)
Cuaca panas buatkan ular merayap cari tempat berteduh
Faktor itu juga dikatakan turut menyumbang kepada peningkatan mendadak kes tangkapan ular di negeri Terengganu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
![Hampir 5,000 keluarga setinggan Kuching akan dibantu miliki rumah Hampir 5,000 keluarga setinggan Kuching akan dibantu miliki rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71529593755_setinggankuching.jpg)
Hampir 5,000 keluarga setinggan Kuching akan dibantu miliki rumah
Penempatan di bawah Program Perumahan Rakyat alternatif terbaik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menangani isu setinggan bagi sebahagian besar golongan kurang mampu di negeri Sarawak.
![Perumahan mampu milik antara fokus kerajaan BN - PM Najib Perumahan mampu milik antara fokus kerajaan BN - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490402902_PPAM.jpg)
Perumahan mampu milik antara fokus kerajaan BN - PM Najib
Beliau berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan perumahan mampu milik sejak 2009, ketika beliau mula menyandang jawatan Perdana Menteri.
![KPKT rangka strategi tambah baik kehidupan penduduk PPR KPKT rangka strategi tambah baik kehidupan penduduk PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51512545703_NohOmar.jpg)
KPKT rangka strategi tambah baik kehidupan penduduk PPR
KPKT sedang merangka strategi dalam menambah baik kualiti dan kehidupan sosial terutama dalam kalangan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR).