KUALA LUMPUR:Portal hartanah PropertyGuru Malaysia mengingatkan mereka yang berhasrat membeli kediaman agar berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan muktamad berikutan persekitaran pasaran hartanah yang sarat dengan pelbagai tawaran menarik ketika ini.
Pengurus Negara Sheldon Fernandez berkata mereka terbabit bukan setakat perlu mengambil kira kos pemilikan hartanah semata-mata tetapi sama ada benar-benar mampu menanggungnya selain mengurus perbelanjaan lain.
"Secara keseluruhannya, belian hartanah itu adalah untuk mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan yakin mengenai jaminan pendapatan di masa depan.
"Mereka yang berada dalam kedudukan sedemikian akan berdepan dengan pelbagai pilihan di pasaran hartanah semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi tahun ini, transaksi membabitkan hartanah telah menyaksikan penyusutan yang ketara.
Menurut laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan - Separuh Pertama 2020 Bank Negara Malaysia (BNM), transaksi hartanah merosot sekurang-kurangnya 25 peratus dari segi jumlah dan nilai.
Fernandez berkata, pasaran hartanah bagaimanapun terus menunjukkan tanda-tanda berdaya tahan berikutan penurunan transaksi yang lebih rendah daripada jangkaan awal dengan sebahagiannya didorong oleh pelbagai langkah dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Ini termasuk kadar faedah yang terendah dalam sejarah, usaha promosi pemaju hartanah yang agresif, persaingan sengit dalam kalangan penjual hartanah serta insentif di bawah program Kempen Pemilikan Rumah.
Beliau berkata, Kajian Sentimen Pengguna oleh PropertyGuru Malaysia menunjukkan 57 peratus daripada responden telah menyuarakan hasrat untuk memiliki rumah sendiri menjelang akhir 2021 manakala seorang daripada setiap enam responden pula merancang untuk menangguhkannya.
"Oleh kerana ramai rakyat Malaysia yang merancang untuk mempunyai rumah sendiri pada tahun depan, akan ada beberapa aliran utama yang membantu memudahkan lagi usaha tersebut.
"Ini termasuk insentif bagi mendorong persekitaran makroekonomi, langkah-langkah kerajaan dan pemaju hartanah serta digitalisasi dalam industri hartanah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 15 2020

Bagi tahun ini, transaksi membabitkan hartanah telah menyaksikan penyusutan yang ketara. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.

Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.

Penantian lapan tahun, impian miliki rumah tertunai
Selepas bertahun-tahun menyewa, akhirnya mereka tekad untuk memohon kemudahan disediakan kerajaan pada tahun 2015.

Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah
Aplikasi Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai status kewangan mereka.

KPKT lantik 25 pakar, kaji dan bantu kerajaan laksana dasar perumahan terbaik untuk rakyat
Pendekatan baharu perlu dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda, selaras dengan hasrat KPKT untuk menggalakkan generasi muda Miliki Rumah di Usia Muda.

Simpan duit dari usia 16 tahun, gadis berjaya beli rumah sendiri
Kini setelah mencapai usia 21 tahun, Becca Thompson berjaya membeli sebuah rumah.

Nilai kemampuan urus tanggungan lain sebelum beli rumah - PropertyGuru
Portal hartanah PropertyGuru Malaysia mengingatkan mereka yang berhasrat membeli kediaman agar berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan muktamad berikutan persekitaran pasaran hartanah yang sar

Beli hartanah pasca tempoh COVID-19 jika mampu - PropertyGuru
Namun diingatkan bahawa usaha pembelian hartanah memerlukan komitmen serta pelaburan jangka panjang.

Isu diaspora tidak boleh beli rumah di Malaysia dibawa ke Kabinet - Tun M
Kerajaan akan berbincang untuk memastikan mereka dapat membeli rumah di tanah air.

Budak 6 tahun beli bangunan RM33 juta
Boram mempunyai lebih 30 juta pengikut di dua saluran YouTube miliknya.