KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menjangka nilai kontrak syarikat bumiputera bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan terus meningkat menerusi kerja-kerja pembinaan landasan tolok duaan dari Stesen ECRL Pelabuhan Klang (Jalan Kastam) ke dermaga Westports dan Northport.
MRL berkata usaha untuk memperkasa penglibatan bumiputera dalam projek ECRL sentiasa menjadi keutamaan walaupun perkara ini tidak termaktub dalam perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) yang hanya mensyaratkan penglibatan syarikat tempatan.
"Pelbagai inisiatif telah dibuat bagi mencapai objektif seperti yang telah dinyatakan. Terkini, inisiatif tambahan yang sedang diambil oleh China Communications Construction Company Ltd (CCCC) adalah kerjasama dengan kerajaan negeri terlibat untuk penglibatan kontraktor bumiputera kategori G1 dan G2 bagi skop kerja bersesuaian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
MRL berkata demikian bagi mengulas laporan data penglibatan kontraktor bumiputera bagi pembinaan projek ECRL yang disiarkan portal berita baru-baru ini.
CCCC sedang dalam proses menyenarai pendek syarikat kontraktor bumiputera G1 dan G2 yang telah disyorkan oleh kerajaan negeri terlibat dan panggilan penyertaan tender akan dibuat dalam masa terdekat, katanya.
Setakat 30 Nov 2023, nilai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan ECRL berjumlah RM13.64 bilion telah dianugerahkan kepada syarikat tempatan dan jumlah ini melepasi sasaran RM10.8 bilion yang telah dianggarkan bagi pelaksanaan projek dari 2017 hingga 2026, kata MRL.
"Jumlah ini merangkumi RM1.20 bilion bagi kerja-kerja kontrak projek ECRL di Kelantan, Terengganu (RM6.18 bilion), Pahang (RM5.62 bilion) dan Selangor sebanyak RM0.64 bilion, melibatkan sejumlah 2,801 syarikat tempatan secara keseluruhan.
"Daripada jumlah ini, kami ingin menjelaskan bahawa nilai kontrak yang telah dianugerahkan kepada pihak kontraktor, perunding dan pembekal bumiputera setakat 30 Nov 2023 sebanyak RM2.66 bilion atau 76.07 peratus daripada sasaran RM3.50 bilion," katanya.
Menurut MRL, daripada RM2.66 bilion, sebanyak RM1.69 bilion telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor bumiputera, RM0.28 bilion kepada syarikat perunding bumiputera dan RM0.69 bilion kepada syarikat pembekal bumiputera.
"Jumlah RM1.69 bilion yang telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor bumiputera melibatkan 172 pakej kontrak (28 di Kelantan, 79 di Terengganu, 50 di Pahang dan 15 di Selangor) kepada 129 syarikat kontraktor bumiputera bagi kerja-kerja projek ECRL di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, antaranya merangkumi kerja-kerja tanah (At-Grade), kerja-kerja jambatan dan pembinaan stesen," katanya.
MRL menjelaskan, MRL dan CCCC telah bekerjasama dengan kerajaan negeri negeri terlibat iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor untuk meningkatkan lagi penglibatan kontraktor bumiputera dalam projek ECRL sejak 2017 sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menjangka nilai kontrak syarikat bumiputera bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan terus meningkat. - Foto fail/BERNAMA

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.

DSA NATSEC Asia 2024: Kontrak, MoU bernilai lebih RM5 bilion bakal dimeterai
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei, bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan memorandum persefahaman bernilai lebih R

Nilai kontrak syarikat Bumiputera bagi projek ECRL akan terus meningkat - MRL
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menjangka nilai kontrak syarikat bumiputera bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan terus meningkat.